Pages

Thursday, June 13, 2013

Penyakit Beguk Punca Kemandulan Kepada Lelaki

Salam,
Entry harini saya nak share tentang info kesihatan. Ramai yang tahu tentang penyakit beguk, dan menganggap ianya adalah penyakit yang ringan serta tidak berbahaya. Sila buang jauh-jauh pandangan anda itu.

Penyakit ini kebiasaannya akan menyebakkan pembengkakakn di bahagian kelenjar parotid, di ikuti dengan demam panas.
kebiasaannya tanda-tanda penyakit ini adalah seperti berikut

- Demam
- Sakit Kepala
- Mulut kering dan hilang selera
- Keletihan
- Bengkak pada satu atau dua kelenjar parotid

Penyakit beguk ini mudah menjangkiti kanak-kanak seawal usia 8 tahun. Kebiasaannya, penyakit ini akan hilang diantara hari ke 10-11. 

Penyakit ini walaupun remeh tetapi boleh menyebabkan kesan sampingan yang bahaya

- Encephalitis(Pembengkakan pada otak) 
- Meningitis(pembengkakan pada lapisan otak) 
- Panccreatitis( Pembengkakan pada Pankreas) 
- Orchitis(Lebam pada testis) berlaku pada lelaki dewasa 
- Pekak 

Selalunya orang tua-tua akan menyapukan nila (serbuk yang bewarna biru muda) ke bahagian kelenjar bengkak itu kerana warna biru adalah warna yang boleh merawat bengkak pada bahagian tersebut.

Selain itu, kurangkan pengambilan makanan berasid seperti limau, cuka dan sebagainya..

Kenapa saya mengatakan penyakit ini berbahaya kepada lelaki? Beguk ialah suatu penyakit yang berkaitan dengan kelenjar, dan kelenjar adalah organ yang bertangungjawap merembeskan sesuatu hormon. Jika kelejar parotid membengkak, ianya turut memberi kesan kepada testis lelaki. Ianya akan merosakkan sel-sel yang membekalkan benih kepada seorang lelaki itu. Jika bernasib baik, mungkin masih ada benih yang dihasilkan, tetapi pergerakan sperma itu sangat perlahan dan mempunyai bentuk yang tidak cantik, tetapi sangat malang kerana ianya turut boleh merosakkan sel-sel itu menyebabkan tiada benih@sperma langsung didalam air mani lelaki.

Kepada lelaki, jangan ambil remeh tentang isu penyakit beguk ini, jika anda telah berkahwin dan melebihi 2 tahun, anda sangat digalakkan untuk berjumpa dengan doktor. 

Kepada ibu bapa segeralah memberikan mereka vaksin yang boleh mencegah penyakit ini ketika usia 12 bulan dan 7 tahun. Vaksin ini dikenali sebagai mumps,measles and rubella.




No comments: