Pages

Monday, July 15, 2013

Perempuan lagi ramai OKU dari lelaki

Kenapa aku cakap camni ek? Seriyes, cuba korang naek train, pastu korang tengok if ada perempuan mengandung, pastu terboyot-boyot tahan perut sebab ngilu bila terhoyong haying dalam train, pastu pompuan yang duduk depan korang leh lak curik-curik tengok pastu wat pejam mata macam x nampak korang. Sikit pown x bagi pompuan mengadung tu duduk, tetiba ada satu mamat dari tempat duduk yang jauh giler dari korang berdiri terjerit-jerit panggil korang and lambai-lambai suruh korang duduk..perghhhh lelaki lagi perihatin.  Selama ni aku tengok dalam iklan lelaki yang ramai berlumba-lumba jadi OKU, rupanya aku silap, pompuan yang berlumba-lumba jadi OKU. Korang cantik, bertudung, tutup aurat, tapi x ada sensitivity, bila tengok orang lelaki tu beriya-iya nak bagi tempat duduk kat pompuan boyot tu, barulah korang buat-buat terperasan n nak bagi tempat duduk, padahal dari tadi pompuan boyot tu suakan perot dia kat depan kau supaya kau faham dia lenguh berdiri lelama….korang lak leh wat-wat pejam mata kannsss….
Sok-sok nanti, kau boyot orang pown wat camtu, so ko pown akan rasa. Series beb, aku kengkadang hilang hormat ngan kaum aku sendiri yang aku tengok cantik dari segi penampilannya, tapi x ada sensetiviti, malah sanggup nak jadi OKU semata-mata nak duduk…Cuma aku berfikir positip mungkin dia senggugut or pitam…hihihi
Mak boyot tu adalah aku, ye dah beberapa bulan aku naek train dalam keadaan memboyot. Dan manusia yang memberi aku tempat duduk semuanya lelaki, x kisahlah bangsa apa pown semua lelaki. Yang pompuan ada gak, tapi pompuan yang “HOT” hehehe, yang laen semua jenis pakat-pakat tutup mata…
Semalam pown best, aku berdiri betul-betul dekat kerusi yang dikhaskan untuk orang OKU, orang tua-tua & pompuan boyot. Kat kerusi tu ada 2 orang tua, so okeylah kan antara orang tua ngan aku, aku lagi larat dari diorang, yang sebelah tu plak ada sorang minah pakai baju pink, yang aku selidik cukup kaki dan tangan dan x OKU, tapi dia pandang aku, then tengok perot boyot aku yang comel ni, pastu wat-wat pejam mata….pastu aku pown rileks je lah, sampailah ada sorang mamat india yang pakai spek mata hitam cuit aku suh duduk..perghh tempat dia kat seberang kot, jauh dr tempat aku berdiri, tapi dia still leh nampak keadaan aku yang boyot ni…terharu aku…

Tapi aku bersyukur sebab Allah beri aku kemudahan dengan gerakkan hati lelaki-lelaki tu supaya bagi tempat duduk kat aku. Cuma aku terfikir, mungkin lumrah alam, lelaki lebih simpati pada pompuan, pompuan lak mungkin akan simpati dengan beri tempat duduk diorang if lelaki yang mengandung…tapi lelaki sampai kiamat pown x akan mengandung…hahahhahahaha…siap kau, aku ingat muka pompuan tu, kalau kau ngurat adik aku, jangan harap aku nak restu kau jadik adik ipar aku…hahahahahaha jahanam giler statement aku kannnsssssss

Wednesday, July 3, 2013

Apa Yang Suami Mahu Dari Isteri

Assalamualaikum.

Tengah duduk-duduk dengan beliau kat rumah sambil x ada buat apa-apa, so saya dan beliau pown sembang2lah pasal kehidupan rumahtangga ni. Saya pon saje je tanya beliau, apa sebenarnya yang suami harapkan dari isteri. Yelah, selalunya lelaki ni kurang nak luahkan apa yang terpendam kan, so saya pown suruhlah beliau cerita dari sudut general supaya saya boleh share dengan readers saya.

Banyak juga sebenarnya, nampak simple tapi kalau kita abaikan memang akan beri kesan pada rumahtangga kita. Seriyes, tapi kalau kita amalkan memang suami kita akan tersenyum lebar. Meh saya kongsikan apa yang beliau cakap kat saya haritu.

1)   Tak berpakaian menjolok mata dan mekap over-over bila gi opis
2)   Pakai seksi-seksi kat rumah
3)   Tak membebel-bebel
4)   Kalau marah ngan suami, jangan lepaskan kat pinggan mangkuk
5)   Kalau ada masalah rumahtangga, x yah gatal-gatal nak citer kat bestpren, selesai cara baik n ngadu je kat Allah
6)   Rajin kemas rumah walaupun rumah buruk
7)   Rajin memasak, bukan rajin membungkus lauk kat kedai mamak
8)   Time makan jangan tanya soklan2 yang leh matikan selera suami
9)   Time hidangkan makanan, hiaslah makanan tu kasi selera suami terbuka, idak le main lempar je dalam pinggan macam hidang nasik kat kucing
10)  Bangun je tido, terus mandi sebelum sediakan sarapan, ni tidak, dengan taik mata bersepah, air liur basi lagi, terus je wat sarapan..paling tidak pown, cuci lah muka and gosok gigi dulu
11)  Selalu cuba resepi baru, janganlah hari-hari asam pedas ngan kari ayam...muak tau tak...
12)  Kemas tempat tido, spray bau-bauan harum, jangan lah bilik bau kepam
13)  Jimat cermat, x yah rambang mata bila tengok jiran sebelah beli sofa n tv baru
14)  Baik dengan family diorang


Eh, banyak lagi sebenarnya, tapi x larat nak tulis,,tapi setakat ni, korang bacalah dulu yerk...

Lelaki Negro Lebih Suka Wanita Berbadan Gempal

Assalamualaikum.

Entry kali ni, jangan ada yang terasa hati atau salah faham. Saya dapat info ni pon daripada post morterm saya sendiri berkaitan dengan lelaki berkulit hitam ini.

Cuba kita lihat, berapa ramai wanita yang tertangkap akibat menjadi keldai dadah, sindiket black money? semua adalah dari golongan wanita yang berisi dan kurang berpenampilan.

Memang ramai, boleh katakan kesemua mereka adalah golongan ini. Orang kulit hitam ni bijak, dia tahu orang yang badan gempal atau gemuk ni kurang mendapat perhatian dari lelaki tempatan, apatah lagi lelaki tempatan yang x hensem pon berkira-kira kalau nak mengurat diorang ni..(walhal  yang nak mengurat pown badan macam tong drum), so lelaki kulit hitam ni akan mula menebarkan ayat2 manis, laburkan duit semata-mata nak perangkap diorang, apatah lagi wanita macamni, bila dah ada orang yang mengurat, diorang pown akan cair serta akan ikut apa je kata mangkuk hitam tu tadi. Tapi wanita ni sebenarnya jujur dan ikhlas sayangkan mangkuk hitam ni, tapi mangkuk hitam ni je yang jahat nak gunakan diorang (x semua orang kulit hitam ni jahat, ada gak satu dua yang baik).

Bila dah termakan budi, diorang pown dah mula jadi hamba seks, pastu terlibat jadi keldai dadah or black money. Nak salahkan mangkuk kulit hitam pown x leh gak, sebab diorang x paksa pon kan, kengkadang kita yang rela hati masuk perangkap diorang ni. Yelah, yang wanita badan gempal ni pown satu, bila ada lelaki tempatan yang ngurat, diorang plak memilih, x nak sebab orang tu kerja jual sayur lah, buruh bangunan lah, muka lubang-lubang sebab ada kesan jerawatlah, hidung kembang semangkuk lah, rambut dah x ada lah...wah, demand plak ngko yerk...cuba suluh cikit kat cermin, ada rupa model ke yang nak memilih sangat kan????
Last-last bila orang dah x pandang, datang je mangkuk hitam ni, korang sebat je kan? pastu tu yang jadi hamba seks and semua benda bagai...

Cubalah korang fikir sikit, memang lah badan korang tu gempal, tapi masa korang lahir elok je slim kan? x plak korang tu obesiti dari kecik. Kalau obes pon, leh je senaman kasik kurus tul x? Pastu kalau dah tau korang tu berisi, tak yah lah pakai baju yang sampai tersembul segala lemak kat badan. Memang dari depan nampak kiu-kiut je, sebab pakai korset, tapi cer korang tengok cermin pandang belakang, apa rupanya badan korang yang kat bahagian belakang tu? berlumba-lumba lemak tu nak terkeluar dari baju korang. Pastu habis semua selulit korang tayangkan, adoiii aiiii lainkali kalau nak tengok cermin, apa kata korang sediakan cermin pandang belakang, cermin sisi yang mana cermin tu leh nampak part-part badan korang tu. Orang dari jauh pown bileh muntah berbaldi-baldi tau x?
Dah tau badan korang besar, dress la sopan sikit, pakai jubah ke, pakai blouse ngan skirt panjang ke, tak yah dedah sana sini, makin banyak kelemahan yang korang tonjolkan...bila dah tutup elok-elok, buat la perangai elok-elok, dari orang tak pandang kita, mesti jadi pandang punya...So secara automatiknya, korang dapat elakkan diri dari godaan mangkuk hitam ni....


Suami Isteri - Gelang Kaki Berloceng

Assalamualaikum.

Best kan kalau kita dapat hadiah dari suami sempena hari lahir atau hari ulang tahun perkahwinan, tapi kadang-kadang dalam best tu, ada gak alasan yang buat kita rasa geram je..tul x? meh baca ragam suami isteri kat bawah ni.

Suami  :  Ayang, abang ada beli hadiah istimewa sempena hari lahir sayang
Isteri   :  Wah, bestnya. Hadiah apa tu abang? emas, berlian, zamrud, zulian????
Suami  :  Mestilah emas, x kan Zulian pulak. Nah, bukak lah hadiah ni.
Isteri   :  Ish, cantiknya gelang kaki ni, ada loceng pulak tu. Mesti beriru-ribu harga dia kan?
Suami  :  Alah, biarlah ribu-ribu pown, janji sayang puas hati, abang pun puas hati. Ni ikhlas dari abang hadiah ni tau.
Isteri  :  Tapi, kenapa abang beli hadiah mahal-mahal untuk saya?
Suami :  Ohh, pertama sebab abang sayangkan isteri abang, kedua sebagai balas jasa sayang jaga makan pakai abang selama ni, keempat sebagai upah lahirkan anak kita yang berderet2 tu, dan yang terakhir, sebagai signal kalau sayang masuk bilik.
Isteri  :  Signal? signal apa? owh abang nak bermesra dengan saya yerk? hik hik hik...gatal lah abang ni.
Suami  :  Eh, bukanlah. signal bila sayang masuk bilik waktu abang tengah main game or fesbook, kalau ada loceng tu, sempatlah abang nak tutup apa yang patut...hihihi

Memula dah best dah sebab dapat hadiah, tapi bila dengar part yang last tu...rasa nak hempuk dengan tikar getah je kan???? hahahahahah sabar je lah....suami-suami....


P/s :- Ni bukan kisah suami saya yerk...hihihi

Thursday, June 27, 2013

Master Chef Malaysia - Syura Deserve To Win

Master chef selebrity malaysia dah pown melabuhkan tirai, tapi still ada gak yang terkejut sebab syura menang. Kengkadang saya pown pelik, yang kat luar ni lagi hebat dari juri-juri kat dalama tu, padahal kalau kau tanya diorang ni pandai masak apa? sekor-sekor x reti nak jawap apa, betul tak. Lagi best ada yang mengkritik tu jenis kuku merah-merah sebab pakai pewarna kuku yang mana memang nampak sangat x pernah masak, kalau ada pown setakat celor meggi dalam mangkuk, tp ada hati nak cakap orang x layak menang.

Ramai betul rupanya juri-juri hebat kat luar sana yang berdebat sesama memasing, padahal diorang tu ada yang setakat meniaga setahun sekali tu pown sebab bulan puasa, jenis nak carik untung, kalau kau pergi gerai diorang ni, masak ikan pown mentah...jahanam statement...:)

Seriously saya tak terperanjat pown bila syura menang, she deserve to be a winner. Yes, memang nampak celina and che Ta consistant, tapi both of them expert dalam western fusion, compare to syura, dia berkebolehan dalam masakan melayu tradisional, tapi setiap masa dia improve kualiti dalam hidangan barat.

Ramai sangat dah chef yang hebat dalam western food ni, padahal ni malaysia, takat mana lah tekak kau nak sumbat western food hari-hari kan? last-last nanti balik je rumah mengelupur nak cari budu, tempoyak, belacan ngan ikan masin tul tak? cuba kau gi tanya Siti nurhaliza tuh, yang dah tahap diva glamer ngan kayanye tu, apa makanan yang dia suka? op kos la dia cakap tempoyok ikan patin....tu dia...diva kot, setakat makan sehari dua boleh la, tapi nak makan hari-hari baik lagi makan masakan kampung. Ko kira berapa je chef yang hebat dalam masakan melayu? x ramai beb, boleh kira ngan jari, tul x? chef ismail, chef zaida n lelain lah. Bukan syura x pandai langsung masak western, tapi ko pernah tak bayangkan camaner situasi nak masak depan orang ramai? Panik giler, sama panik macam kau nak akad nikah depan tok kadi....

Dah la krew ramai, pastu masa singkat, pastu meja sebelah-sebelah lak tu, huh memang stress, saya sendiri pown dah pernah rasa, tapi bukan masak depan orang ramai la, kes saya lain, kes kena tunjukkan cara solat yang betul depan parents masa umur 7 tahun...gila gelabah sampai posisi sembahyang pown dah haruk pikuk, siap salah baca doa qunut lagi, boleh plak time tu baca doa untuk sembahyang mayat...hambik kau...

Saya bangga bila syura menang, bukan apa, at least orang menghargai bakat anak kampung tu, walaupun dia terer masak kampung, tapi hidangan final dia bagi saya memang superb,  First class fine dining, layaklah untuk menang. Juara bukan diambil kira dari masakan lepas-lepas, tp masakan pada hari final tu.

Cuba tengok, berapa ramai orang yang tahu nak masak hidangan melayu, dan berapa ramai mat salleh celup yang pandai masak western? Bab western ni, memang ramai minah or mat salleh celup yang mengaku x makan belacan, tp makan steak, fish and chip and salad, puiiii boleh blah, x yah nak berangan jadi mat salleh.   Dulu masa kau kecik-kecik mak kau x ada nya nak masakkan kau steak, garlic bread, paling western pown kau masa kecik-kecik kau makan burger pasar malam yang jual singgit satu tuh. Hari-hari mak kau masak sambal udang petai, tempoyak, lemak cili padi, asam pedas bagai, pastu mengaku lidah omputih....kalau sekali sekala tu cayalah jugak kan??

Memang ramai yang x tahu nak masak masakan kampung, nak buat kerabu, asam pedas, gulai kawah, nasi dagang sumer tu...ingat senang je? bagi saya lah, western food ni x sesusah masakan melayu yang perlu ketelitian dalam segala benda, silap sikit memang x akan jadi...berapa ramai yang kenal apa itu sulur keladi, cekur manis, pucuk turi, sayur beremi, pegaga, daun tenggek burung? Yang ramai kenal, oregano, pudina, salad tul x? So if syura menang pown memang layak sebab kita ni dah ketandusan chef yang hebat dalam masakan melayu, memasing nak mengejar yang barat je.....

So tahniah tu syura...

Sunday, June 23, 2013

Jangan Jadi Bodoh Di sebabkan Cinta

Assalamualaikum,

Panas betul cuaca bertambah bahang bila jerebu yang semakin tebal....Tapi ada isu yang lagi hangat dan panas dri cuaca kat sini, merata tempat orang bercerita tentang kisah Shah Jaszle dan pasangannya yang di tangkap khalwat...

Kita pon x tahu ape cerita sebenar, mungkin benar dia di perangkap oleh orang yang berpuas hati dengan dia. Cuma apa yang saya nak ulaskan di sini, wahai sekalian perempuan, janganlah jadi bodoh disebabkan cinta. Tindakan gadis yang ditangkap khalwat bersama dengan shah jaszle itu telah mengundang pada apabila ada khabar angin mengatakan dia dibuang kerja. Ini gara-gara dia membuat kenyataan di melodi sehingga dia diserang..itu khabarnya, betul or tidak, wallahualam. Saya x nak kupas isu tu, yang saya nak kupaskan, sebagai seorang perempuan yang mempunyai maruah dan harga diri, lebih baek kita elakkan bercinta dengan milik orang lain. Jika anda pernah terjebak, elakkanlah, jadikan ianya sebagai sejarah silam anda. 

Cintu tu tak buta, tapi kita yang buta menilai, kadang-kadang lumrah manusia mudah tergoda dengan pujukan syaitan, sampai kita lupa yang kita gilai itu hak milik orang lain. 
Sedangkan kita tahu risiko yang akan datang, tp kita still nak teruskan hubungan...sebagai seorang wanita, rasanya tak manis mendedahkan isu sebegitu di khalayak ramai, sedagkan kita tahu wartawan sentiasa mendambakan cerita-cerita terkini agar rating sesebuah rancangan itu melonjak, padahal akhirnya nanti kita juga yang mendapat malu. For me the best things is, bertaubat n mulakan hidup baru. 

Jangan disebabkan seorang lelaki, kita menjaja kisah kita seolah-olah untuk meraih simpati...seriyesly, skang ni macam dah jadi trend, if nak bersihkan nama atau nak buat pengakuan mesti melalui media...korang tahu x yang diorang tu wartawan? tugas diorang menyebarkan berita, so sukakah kita bila aib kita disebarkan?

Lelaki ni, kalau dia dah x nak, buat macamana pown memang dia x nak, lebih-lebih lagi kalau isteri atau tunang dia tu reputasi tinggi, bijak ada masa depan, so memang x boleh nak fight la kan? 
Banyak lagi lelaki lain, kadang-kadang kita je memilih, terlalu nakkan lelaki kacak, hensem bergaya, tapi poket...habuk pon tarak sampai kena mintak kat kita...tu pown still lagi nak bertahan? 

Buka la mata dik oi...janganla terdesak, sampai bodohkan diri sebab cinta, tu belum lagi ada yang telan panadol disebabkan frust ngan boypren bila boypren mintak putus, belum lagi yang buat-buat sakit sebab nak suh boypren kesian,,,sadis giler kalau camtu....

Tak yah la sampai camtu sekali, banyak lagi benda lain yang korang leh buat, if dia dah x nak kat korang...angkat kaki, blah je...x yah nak sediy-sediy...


Resepi Kacang Pool





Assalamualaikum, kali ni saya nak post resepi kacang pool. Makanan ni adalah makanan yang famous di melaka, johor dan singapore. Ianya berasal dr tanah arab, tu sebab rasa dia agak berempah.

Resepinya ialah:

Setengah tin kacang pool jenama kimbal (Faoul Madamas)
1tin kecil kacang parang
2 sudu rempah kari
2 sudu besar rempah kurma
10 ulas bawang kecil (di kisar)
1 inci halia (di kisar)
5 batang cili padi (dikisar, optional)
1 packet daging cincang
1 cawan air

panaskan minyak zaitun atau minyak sapi, kalau x ada, minyak biasa pon ok.
tumiskan bahan kisar sampai naik bau dan garing, masukkan kacang yang telah di lenyek kasar, bila agak garing, masukkan rempah, kacau lagi sampai rempah garing. kemudian masukkan daging cincang, kacau samoai daging masak sekata. bila dah masak. masukkan air, kacau sehingga betul betul masakk, perisakan dengan garam dan gula.

Kacang pool ni dihidangkan dengan roti bakar, telur mata, hirisan bawang dan cili serta hirisan limau yang di oerah ke atas kacang pool