Pages

Tuesday, March 6, 2012

@Hot FM - Lelaki Berkahwin Dua

Assalamualaikum.
Tiap-tiap hari masa drive pergi kerja, saya selalu dengar channel Hot FM sebagai riadah telinga. Selalu tu, topik yang di hidangkan sekadar biasa-biasa sahaja, cuma pagi ni hati saya sedikit tercuit dengan isu yang di perdengarkan. Isu bermadu atau lelaki kahwin dua. Dulu pun ada juga isu ni keluar, tapi penceritaannya berbeza.

Masa dengar x rasa ada yang istimewa, sehinggalah seorang pemanggil bernama Harith, berusia 30 tahun dan mempunyai 2 isteri. Kemudian faizal bertanya kepada beliau apakah tips yang membolehkan beliau berkahwin 2 pada usia yang muda.

Ikuti jawapan harith dibawah ini.

"Saya berkahwin dua bukan sebab saya ingin mencari yang cantik atau memuaskan hawa nafsu. Isteri kedua saya adalah seorang bekas GRO dan lebih tua dari saya. Pernah bersekedudukan dengan lelaki yang bukan muhrim selama setahun kemudian terbabit dalam kancah GRO. Saya mengenali isteri saya bukan di kelab malam tetapi di sebuah kedai makan. Alhamdullillah sekarang sudah bertudung, berjubah, rambut yang dulu merah sudah kembali hitam dan sudah kembali mengerjakan solat.Sebenarnya ramai perempuan sebegini di luar sana yang kita lihat kotor dan hina tetapi mereka mempunyai hati yang bersih untuk berubah cuma mereka masih mencari insan yang boleh membantu mereka. Saya menyayagi isteri saya kerana Allah dan ikhlas untuk membantunya berubah".

Petikan di atas sedikit sebanyak yang saya ingatlah. Kemudian faizal bertanya, adakah isteri pertama beliau boleh menerima dan terkilan kerana memilih madu yang begitu. Harith menjawap, jika diikutkan terkilan tu boleh datang dari kedua-dua pihak, dari pihak beliau juga pasti akan rasa terkilan dengan cara hidup isteri kedua beliau tetapi perlu redha dengan apa yang dilalui oleh isterinya dahulu dan bersama-sama membantu untuk berubah. Menurut harith lagi, isteri pertamanya, memberikan sokongan untuk beliau mengubah isteri keduanya,yang penting perlu ihlas.

Nasihat terakhir yang membuatkan saya terkesima sekejap bunyi dia macam ni..

"saya merayu kepada semua lelaki di luar sana, tolong jangan rosakkab kaum wanita, kerana hiduo ini umpama roda, bayangkan jika suatu hari nanti anak kita berada di tempat kaum wanita yang telah dirosakkan".

Penutup yang sangat jelas dan penuh makna. Kita selalu buat ikut suka tanpa perlu memikirkan balasan yang akan kita terima pada masa akan datang. Kadang-kadang kalau x kena pada diri kita, anak atau ahli keluarga kita yang akan terkena bahana dek perbuatan kita dahulu...so hidup baik-baik di muka bumi Allah ini. Kita ni sama sahaja, kaya macamane pun, kita tetap menumpang di bumi Allah, makan rezeki yang Allah beri, hirup udara yang Allah beri..tak ada beza kita semua nanti.

No comments: