Pages

Thursday, April 5, 2012

EYEMO MO MO

Assalamualaikum.
Huhu, lamanya saya mensenyapkan diri...sakit mata sebenarnya ni...i got infection sebab benda yang sangat-sangat basic...hambek kau...sekali pergi jumpa doktor, kena ceramah bagai nak rak...kesian i tau.

Nak tau mcamaner saya dapat infection...hehehehe.. Meh sini baca..

Ahad lepas, saya rendam uncang teh n kemudian guna kan untuk mata, ada la dalam 2 ke 3 hari saya buat, konon nak segarkan mata n hilangkan "Mata Panda". Tiba-tiba hari ke empat, saya rasa mata saya gatal n sakit sangat, bangun pagi, terus pegi cermin, tengok dah merah sangat-sangat.

Cepat-cepat pergi jumpa doktor, dalam perjalanan tu sempat gak terfikir, habislah aku, mata jadi buta la lepas ni..huhu, kecut perut bila fikirkan bab mata ni.

Sampai je klinik Izham, terus terjah doktor lepas no dipanggil. So saya pun ceritalah kat doktor apa yang dah terjadi kat saya. Best sangat-sangat dengar doktor tu ceramah saya. "Nawar, kalaulah bab mata ni senang sangat nak menjaganya, tak adalah pakar mata or pakar kecantikan kat dalam dunia ni, sebab semua orang boleh buat apa sahaja kat mata diorang tanpa ada apa-apa risiko".

Hehehe....terkena sebijik. Betul gak, sape suruh pandai-pandai buat camtu kan...then doktor cakap camni "kat kertas uncang teh tu ada lilin yang x bagus untuk mata, n uncang dah terrendam tu sebenarnya dah tercemar dengan benda asing. satu-satunya cecair yang awak boleh letak lekat mata adalah EYEMO. Memanglah awak dah perah air dalam uncang teh tu, tapi still lembab. Benda yang lembab ni mudah tercemar dan banyak mikrorganisma yang melekat, tu sebab mata tu kena infection. Sedangkan pakai contact lense pun ada pencuci khas dia, bukan main sebat je".

Hurmmm, x pernah terfikir kan benda macam ni. Pesan saya, sebelum kita amalkan petua tu, rujuk dulu pada pakar perubatan. Kalau setakat luaran macam kulit badan or kepala mungkin x ada masalah, tapi kalau melibatkan mata, telinga or pancaindera yang kritikal ni haruslah kita rujuk kepada yang pakar dulu.

Kalau kita jenis yang suka minum air akar kayu pun, silalah rujuk pada pakar, sebab kayu-kayan dan akar-akaran ni selalunya mengandugi racun arsenik. Hanya melalui kaedah tertentu sahaja yang dapat nyahkan racun tu.

No comments: