Pages

Saturday, March 24, 2012

GLOBAL MARCH TO JURUSALEM - 30 MARC 2012-Stadium Malawati Shah Alam

Assalamualaikum.
All, please read this article, this is important message to all of us...tak kira muslim or non-muslim. Yang perlu ada is keperihatinan sejagat.

Semalam masa saya tengah breakfsat dekat tasik titiwangsa, tiba-tiba ada mamat letak one article tentang Palestin, tajuk article tu mcam tajuk topik yang kat atas tu.

Meh sini saya ceritakan sedikit tentang program kat atas ni. Program ni sebenarnya bukan berlangsung kat malaysia sahaja, tapi berlangsung di seluruh negara di dunia ini. Mereka semua menuntut kedamaian dan ke adilan untuk rakyat palestin yang tertinda dibumi sendiri diakibatkan oleh penududuk yahudi yang mengambil penempatan mereka secara haram. Segala hak dan keistimewaan masyarakat palestin di sini terjejas dan di nafikan. Bukan sahaja orang islam tetapi orang kristian sendiri dinafikan hak untuk beribadat, dan melakukan kegiatan harian masing-masing.

Ni petikan dri artkel yang saya dapat semalam.

BAITUL MAQDIS - Bandar keamanan dan kesejahteraan yang penuh bersejarah.
Telah ratusan tahun Baitulmuqadis menjadi kota yang didiami penganut Islam, Kristian dan Yahudi yang hiduo bej=rjiran dalam suasana aman dan harmoni. Qubah As-Sakhrah atau Kubah Batu yanh dibina pada kurun ke-17 adalah di mana berlakunya peristiwa Isra dan mikraj Nabi Muhammad S.A.W diangkat ke langit untuk bertemu sengan Allah S.W.T. Ianya terletak bersebelahan dengan Masjid al-aqsa iaitu masjid ketiga paling suci bagi umat Islam. Bagi penduduk kristian, gereja makam suci adalah tempat paling suci bagi mereka di kota lama. manakala bangsa yahudi pula akan berdoa di tembok barat (western wall) iaitu tempat yang dipercayai menjadi sebahagian daripada Bait Suci Herodes.

KENAPA BAITUL MAQDIS?

Masa depan Baitulmaqdis adalah penting untuk masa depan negara Palestin kerana ianya merupakan pusat ekonomi bagi negara Palestin dan di situ juga merupakan tempat ibadat penduduk di sana.

KENAPA PERLU PRIHATIN TERHADAP BAITUL MAQDIS DAN RAKYAT PALESTIN?

Apabila Israel diistiharkan pada tahun 1948, PBB telah menetapkan Baitulmaqdis sebagai zon antarabangsa yang terletak ditengah-tengah negara Palestin yang bakal ditubuhkan. Namun pada tahun 1967, Israel menakluki Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan semua yang ada di Baitulmaqdis. Penaklukan secara haram ini tidak diiktiraf tetapi Israel tidak menghiraukan resolusi PBB untuk berundur daripada Baitulmaqdis dan beberapa jajahan yang telah ditakluki.

TEMBOK APARTEID ISRAEL
Bentuk kekejaman Aparteid Israel yang paling ketara dan tifak berperikemanusian ialah apabila terbinanya tembok Aparteid Israel. Resolusi PBB untuk tahun 2004 telah menggesa Israel untuk meruntuhkan tembok tersebut kerana ianya memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat Palestin. Tembok Apartied ini telah merampas tanah penduduk Palestin untuk bercucuk tanam serta sumber air mereka dan m=diberikan kepada pendatang yahudi yang menjajah kawasan itu secara haram. Bandar dan perkampungan Palestin seolah-olah menjadi penempatan setinggan yang terpisah antara satu sama lain dan sentiasa dicerobih tentera Israel, dikenakan kepungan yang berterusan dan perintah berkurung yang diadakan sesuka hati.

Begitulah sedikit sebanyak tentang GMJ ni, satu program yang bagus untuk mengumpulkan sumbangn kepada penduduk palestin yang sering diancam oleh Israel. Kadangkala mereka ini terputus bekalan makanan ekoran pemantauan oleh Isreal.

Untuk menghulurkan subangan sila hubungi no dibawah ini atau layari laman social mereka.

Email - mygmj30th@gmail.com
Web - http://www.mygmj.org
Laman social - http://www.twitter.com/myGMJ
http://www.facebook.com/MalaysiaGMJ

No comments: