Pages

Thursday, June 21, 2012

Denda Yang Paling Saya Tak Suka Time Sekolah

Ari jumaat ni, tetiba rasa laen je. Tengok jari..owh rupanya kuku dah makin panjang. Tak la panjang sangat. Panjang sikit je, tpi still kena potong. Time potong kuku tu, tetiba sentap sikit...teringat satu peristiwa time sekolah dulu. Selalu kena denda sebab x potong kuku. Cess.....bukan la panjang mana pown, x sampai 1 inci..setengah inci pown x sampai...bukannya panjang sampai nak bela kuku, pastu tepek pewarna kuku. Tapi tu pown kena gak rotan kat tangan...dah tu rotan sakit plak tu...huh...menyampah plak bila ingat balik.

Hurm, yang pelik tu, kalau anak cikgu sure selamat. Taulah kitorang bukan anak cikgu...hik,hik,, saje nak lepaskan geram..hehe...apepun bagus gak kena denda tu, sebab nanti x buat lagi...muahahaha...tapi apepun, my english teacher (Aminah Abdul Ghani) sangat sporting, time cikgu bertugas buat spotcheck, then dia mengadu la, yang i salu sangat x potong kuku. Kira dia nak i kena denda la, since english techer tu merangkap guru kelas i. Tapi cikgu baru tu silap, cikgu Aminah panggil i kat depan class n suruh i tunjukkan kuku, then garu kuku kat muka. Lepas tu dia check muka i, ada luka tak? bila dia tengok x ada luka, dengan selamba dia cakap ngan cikgu baru tu. "Kuku dia x la panjang mana pown, still x boleh lukakan kulit, so no big deal. I x akan denda my student kalau dia x buat kesalahan yang serius, lagipun kesalah kecil ni x melibatkan prestasi pelajaran dia drop, oklah".

Hehe, x marah pun kat cikgu baru tu. Cuma memang kuku saya x lah panjang mana. setengah inci pun x sampai, tu sebab saya agak bengang bila dia denda.

Apepun memang x suka kalau denda di sebabkan "KUKU PANJANG X SAMPAI SETENGAH INCI!!!!!!!!!!!!!!!!"...

Cikgu Aminah ni, english teacher yang sangat2 best. Dia x la terus ajar kitorang speaking terus, tpi step by step. Memula dia ajak tengok cerita english...hahaha...best gak citer tu, ni tajuk dia "MY FAIR LADY".

Then kena buat cerita fairy tales yang kita tau. kalau broken pun xpe, janji ada effort nak buat. Then saya masa tu ada a few ayat yang tak reti nak buat. Konon nak cerita pasal snow white pengsan lepas makan epal beracun. So, saya pun letak la ayat camni "After eat the red delicious apple, the Snow White "PENGSAN". hehehe...sukati je kan saya letak ayat camtu. Yelah, memula nak belajar cakap bahasa inggeris dengan lebih proper.

Anyway, just to say thanks sebab time saya kahwin aritu dia datang, walaupun sesat sampai ke johol. Sampai je, dia terus peluk saya sampai nangis-nangis.Huhu, emo betul teacher saya tu, tp x dinafikan, dia banyak tolong saya time sekolah dulu, and sangat rapat ngan dia. Kalau cuti sem masa kat u, kena teman dia gi shopping,,huh...sediy plak bila ingat pasal cikgu-cikgi dulu-dulu.

time kita dulu, ngan cikgu dah macam kawan-kawan, tapi still ada hormat..tapi skang yang sediynya....bebudak skang, ngan cikgu macam musuh plak...

Apepun...tak suka DENDA SEBAB X POTONG KUKUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!

1 comment:

Anonymous said...

crite pasal cikgu, semalam saya pun terserempak cikgu sekolah rendah. Terpancar kegembiraan di wajah cikgu tu ada gak ex-student tegur dia. Sebak plak rase.