Pages

Wednesday, December 26, 2012

Happy New Year

Assalamualaikum.
Selamat tinggal tahun 2012 dan selamat datang tahun 2013.

Pejam celik dah setahun rupanya berlalu, rasa macam sekejap sangat. Alhamdulillah, setiap tahun adalah tahun bahagia dan gembira untuk kita semua, walaupun ada masa dan ketika kita dilanda musibah, tapi huungnya ada kemanisan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Azam tahun baru juga pasti menjadi agenda utama dalam hidup kita, walaupun ada saki baki azam yang tak tertunai lagi.
Sesuai dengan peningkatan usia yang menginjak ke angka 30an, azam tahun baru juga menampakkan sisi yang lebih matang. Jika dulu azam baru nak gaji besar, kereta besar, laptop, melancong bagai...tapi sekarang lebih kearah kekeluargaan.

Lebih selesa bercerita tentang keluarga dari isu lain. Malah tahun baru 2013 yang bakal menjengukkan muka ni pun, sudah terasa keseronokkannya...

Hobi pun sudah mula bertukar, jika dahulu sebelum berkahwin, saya gemar aktiviti lasak seperti menunggang kuda, rock climbing, wall climbing, hiking dan sebagainya. Tetapi sekarang ni, saya agak sibuk dengan dunia kreatif saya...suka baking, dessert, masak-masak and sewing and create goodies gitew..ala emak-emak kan saya sekarang...:):):)

Alangkah seronok apabila usia menginjak ke angka 30an...sisi saya yang dahulu kala agak cepat panas jika dicuit sudah semakin sejuk macam salji...yang paling membahagiakan bila saya sendiri tidak dikelilingi insan-insan yang boleh mencemari minda saya dengan gossip2 liar...hehehehe liar sangat kan gossip tuh.

Hati pun makin tenang, mungkin betul orang kata, bila kita semakin berusia, kita akan suka sesuatu yang bersifat matang...sebagai contoh..jika dulu kegilaan saya adalah novel cinta...tapi sekarang sudah bertukar pulaks...penulis kesukaan saya kini ialah faisal tehrani..

Apepun selamat tahun baru untuk semua..:)))



No comments: