Pages

Tuesday, December 25, 2012

Siti Musliha

Assalamualaikum.
Pagi tadi masa dalam perjalanan ke ofis, saya dengar radio hot FM, kebetulan ada segmen anuar zain, ceria memanjang sepanjang drive kereta tu. Tiba-tiba ada satu panggilan dr siti musliha. Kalau korang ingatla, sekitar tahun 80an dulu, ada insan kecil yang kekurangan dari segi fizikal, tapi mempunyai suara lemak merdu. Tersentuh sekejap bila ingat pemilik suara tu adalah siti musliha.

Ni ada sedikit biodata Siti Musliha

Dilahirkan pada 10 January 1983 di kajang selangor
Anak kepada pasangan Mohd. Mustafa Manap dan Rohani Atan
Lagu pertama beliau ialah Hujan Air Mata
Drama pertama beliau pula ialah bukan ku pinta
Membuat penampilan utama di Malaysia Hari Ini pada tahun 1994
Bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Setapak Kuala Lumpur
Dr Wan Azizah adalah insan yang bertanggungjawapm mengenengahkan masalah yang dihadapi Siti Musliha
Melakukan pembedahan pertama pada tahun 1984 di sebuah hospital di Adelaide, Australia
Pembedahan susulan dilakukan pada tahun 1988
Pembedahan ketiga pula dilakukan pada tahun 1994


Pembedahan kali pertama ini telah memakan masa selama 10 jam. Pembedahan dilakukan untuk membentuk wajah Siti Musliha. Selain itu, doktor juga telah menjalankan pembedahan untuk memisahkan jari beliau yang bercantum.

Pembedahan kedua untuk membetulkan kedudukan hidung beliau. Menurut sumber, kedudukan lubang hidung beliau tidak selari, hanya dengan pembedahan dapat memulihkan sedikit sebanyak struktur hidung beliau.
Kos pembedahan untuk ketiga-tiganya memakan adalah sebanyak 1juta, dan kos ini adalah hasil dari insan-insan yang perihatin terhadap penderitaan beliau.

Saya tak suka gelarkan beliau ini sebagai insan OKU (orang kelainan upaya) sebab bagi saya keupayaan dia sama sahaja dengan kita semua. Saya lebih selesa memanggil beliau sebagai insan paling istimewa. Kenapa istimewa? sebab dia melakukan semua perkara dengan berpandukan mata hati. Orang macam kita ni pown belum tentu boleh beristiqamah macam beliau ni, kalau ada suara sedap, kita suka berkaraoke (termasuk diri saya sekalik lah..hehehe), tapi beliau lebih suka menggunakan suara yang lunak itu dengan mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.

Saya x tahu nak bayangkan zaman persekolahan beliau bagaimana. Sedangkan dahulu, ketika saya bersekolah rendah, ejek mengejek ni adalah perkara biasa. Teringat tentang seorang sahabat saya yang mempunyai bapa yang golongan istimewa juga. Rasanya tiap hari dia menangis sebab kena ejek. Kesian pown ada masa tu, tapi macam biasalah, manusia memang sukar diduga. Mengejek orang sesuka hati sampai terlupa balasan Allah. Cuma baru-baru ni, bila saya berjumpa balik dengan orang yang mengejek kawan saya tu, saya agak tersentak bila melihat anaknya. Apa yang pernah di ejek kepada kawan saya itu, Allah kurniakan kepada anaknya sendiri. Cepat-cepat saya beristighfar, besar betul kuasa Allah. Masa jumpa tu, ada sesalan diwajah dia, sampai minta no telephone rakan saya yang pernah dijadikan bahan ejekan dia ketika zaman sekolah. Walaupun dia x meluahkan hasrat sebenar, tapi saya tahu, dia ingin memohon maaf atas salah silapnya. Apapun mungkin kebetulan atau sebaliknya, hanya Allah yang tahu sesuatu yang disebalik had kuasa seorang manusia.

Saya suka menjadikan perkara ini sebagai ikhtibar, yang penting Musliha boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Impian saya pula, sebelum saya menutup mata, saya teringin berjumpa dengan Musliha.

Cerita lebih lanjut, sila click salah satu dr link dibawah
http://bilatergigithalia.com/2011/04/23/terjawab-persoalan-ini-dia-siti-musliha-2011/
http://www.queachmad.com/2012/11/cerita-siti-musliha-selepas-17-tahun.html
http://www.szlihin.com/2012/07/kisah-siti-musliha-dahulu-dan-sekarang.html

No comments: