Pages

Monday, January 21, 2013

Gua Gunung Senyum

Assalamualaikum.
Kali ni saya nak update explorasi ke gua gunung senyum di pahang. Activity tak lah hevy macam panjat gunung nuang or mana-mana gunung yang above 4000k dr aras laut, serius memang santai seronok. Ni 3rd time saya ke sini.

Tapi kami sempat pergi ke gua jebak puyuh je, x sempat nak ke gua senyum, since hari dah lewat petang. Perjalan dimulakan dari kuala lumpur ke temerloh pada jam 7 pagi. Kami naek kereta masing-masing since budget nak sewa bus tak ada. Gua senyum ni terletak di kaki gunung senyum iaitu di kawasan temerloh.

Sampai je kat sana, pak cik sallehudin selaku renjer hutan bagi kami sikit ceramah untuk ke gua, banyak gak la peringatan dia, biasalah hutan kan, banyaklah pantang larang, mana boleh sesukahati nak gelak macam hantu kan??? kena lah hormat sikit...

Dah siap warm up, kami seramai 42 orang pergi ke gua jebak puyuh. Kenapa nama dia jebak puyuh? Owhhh kalau ikutkan bahasa orang KL, jebak tu bermaksud jerat or perangkap, dinamakan jebak puyuh sebab bentuk dia macam perangkap puyuh.

Nak sampai ke gua jebak puyuh, memerlukan berjalan kaki sejauh 3.5 km, kalau cepat, 45min dah sampai, kalau lambat 1jam baru sampai. Then kat sini ada 7 buah gua yang kita kena explore iaitu Gua Rangkak, Gua Terowong, Gua Kapal, Gua Mayat, Gua Candi, Gua Straw dan Gua Ular. Gua kat sini kebanyakannya banyak gua kat sini, masih lagi active, still boleh tengok stalagmit and stalagtit. Cuma macam agak kecewa sedikit bila masuk ke salah satu gua yang ada batu macam badak sumbu tuh, dahulunya penuh dengan tumbuhan hijau yang seakan-akan lumut di permukaan tanah kat situ, kiranya, kalau tengok macam padang golf, tapi kali ni, langsung x ada...tak tahu mana perginya. Macam tu juga masa masuk gua yang ada batu blink-blink ada ada kolam kecik tepi batu tuh, dulu masa pegi ada air bertakung kat batu tuh, but now dah x ada, kering je kolam tuh...

Gua ular ni, sebab ada banyak batu terhakis menyerupai ular, gua terowong plak sebab laluan ke gua tu, berbentuk sebuah terowong, serius rasa macam lalu dalam lorong rahsia kat vietnam plak, bezanya vietnam tu kecik je terowong dia, muat-muat badan orang saiz s~m.
Gua mayat sebab ada batuan berbentuk mayat yang telah dikafankan, ada juga mitos cakap kat situ orang purbakala mati, then jadi  bentuk mayat, ada plak cakap tu bukan batu, tapi adalah kayu yang dah beratus tahun terendam dalam air sampai jadi fosil bentuk mayat.

Kalau diikutkan, logik, sebab kawasan sekeliling penuh dengan siput laut dalam, memang gua-gua yang ada adalah dahulunya di kawasan laut dalam, tu yang kawasan dalam gua tu bentuk terowong, candi, kapal sebab kesan laluan air time tu. Seriyus memang logik sebab x jauh dari laluan ke gua tu, ada tasik kat area situ...

Last sekali lepas kitorang lepak kat kolam biru, kalau korang tengok kat dalam kolam tu ada papan berbentuk macam tangga, ada orang cakap, tangga tu laluan ke dasar kolam yang mana still terdapat lagi gua yang masih belum diterokai, Wallahualam. 




Last sekali, kitorang singgah makan kat temerloh, ikan patin masak tempoyak...phewww terbaekkkkk 



















1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum mcm mne nk contact dgn orang yg uruskan gua ney ye ?