Assalamualaikum.
Pagi tadi dengar radio hot fm, ada kisah rozita dan zain saidin. X ada isu ape pon, cuma lelaki muda, perempuan berusia. Dalam islam tidak salah pun kalau memilih perempuan berusia, cuma jangan sampai memudaratkan diri dan pasangan sudahlah.
Semua orang nak kahwin betul x? kalau saya lelaki, dapat plak janda bergetah macam rozita che wan tu, memang x toleh kiri kanan lah...pheww memang meletop, tapi tu kalau saya berfikir pendek. Kalau saya berfikir balik, banyak perkara yang saya akan timbangkan kalau nak kahwin dengan wanita berusia (saya perempuan yerk, ni situasi jika saya seorang lelaki, sila jangan salah sangka).
Yeppp, saya kena berfikir dan timbang banyak benda, bukan senang sebenarnya nak berkahwin dengan wanita berusia ni, tambahan pula janda ada anak. Tentang keluarga, mungkin x ada masalah sebab mereka memahami, tapi tentang diri dan pasangan sendiri.
Yelah, semua orang tahu JANGKA HAYAT PENGGUNAAN LELAKI ni memang long-long journey, perempuan plak, masuk umur 50 tahun JANGKA HAYAT PENGGUNAAN dah makin merundum, so memang akan beri effect juga dalam hubungan suami isteri. Kesian kat isteri and suami, isteri dan monopos, lelali plak still nafsu ikan paus...hehehehehe... betul, lelaki x macam perempuan kalau x, x kanlah banyak kes datuk rogol cucu, bapa tiri rogol anak tiri, bapa rogol anak, jarang kita dengar ibu rogol anak, nenek rogol cucu, kalau ada pon mungkin kes terpencil..phewwwwww giler back up perempuan...hehehehe
Tetapi jika lelaki itu bukan seseorang yang hidupnya terarah kepada tarikan seksual, maka tak akan jadi masalah, sebab hidup ni bukan setakat tu je, orang berkahwin sebab nak ada teman hidup, teman bersembang, bergaduh, main kejar-kejar, teman tidur dan x nak kesunyian.
Cuma, sebelum kahwin tu banyak perkara perlu difikir dan dipertimbang kan, antaranya ialah:-
1) Mampu ke nak jadi ketua keluarga
2) Mampu untuk beri nafkah kepada isteri dan isi rumah
3) Mampu untuk mengimamkan solat?
4) Mampu ke nak jadi lelaki yang matang dari usia isteri, walaupun umur sendiri lagi muda
5) Mampu ke nak kawal ego dan panas baran?
6) Mampu kan ubah perangai isteri yang dah terbiasa berdikari??
7) Mampu ke lihat perubahan isteri yang hari-ke hari makin berusia???
8) Mampu ke tahan cakap-cakap orang anda beristeri tua?
9) Mampu ke membimbing isteri jadi wanita solehah???
10) Mampu pejamkan mata lihat pompuan muda bila isteri anda dah berusia tapi nafsu anda still membuak-buak lagi...
hurm tu baru sikit kan??? untuk perempuan pula, mereka pasti x ada masalah sebab diorang ni jenis yang setia, matang dan penyabar macam contoh rita rudaini, seriyes beb. Minah ni, saya tengok memang jenis yang sabar giler, sampai pregnant lagi sekali sebab nak selamatkan rumahtangga, tapi tulah....huhuhu
Kalau semua benda kat atas tu korang rasa mampu, silakan lah, tapi kalau korang rasa nak mampus, sila jangan buat...
Memanglah kita boleh cakap, alah nafsu tu senang je nak control..cakap memang senang...cuba korang tengok jari telunjuk korang, jari telunjuk tu melambangkan jari nafsu. Jari telunjuk korang tu lagi panjang dr jari-jari yang laen, betul x? so, setinggi mana pown iman korang, nafsu tu still lagi mendahului dari yang lain-lain, maknanya, kena pandai kawal nafsu, jangan jadi nafsu kuda yerk...kalau nak jugak ikutkan nafsu sampai lupa segala-galanya sila masuk neraka...hehehehehe.
Seriyes x salah nak kahwin dengan wanita berusia, cuma kena fikir banyak benda and pastikan anda betul-betul bersedia...biasalah wanita matang ni bijak..
Untuk wanita berusia yang mahu berkahwin dengan lelaki jambu ni, and atelah membuat persiapan fizikal dan mental, jangan bila dah kawen nanti, mentang-mentanglah husband tu umur baru nak masuk akil baligh korang bahasa kan dia kaw-kaw plak..haru nanti...jangan sesekali korang cakap camni.
"EH, SAYA NI LAGI TUA DARI AWAK, TOLONG HORMAT SAYA HOKEY, or "EH, AWAK BI PEHAL NAK NASIHATKAN SAYA, AWAK TU UMUR POWN BARU NAK AKIL BALIGH ADA HATI NAK NASIHATKAN SAYA YANG DAH NAK MONOPOS NI"... kalau camni, memang sah-sah jadi isteri durhaka.
So, pastikan korang baca Petua Memikat Suami, semoga berjaya yerk...:)
1 comment:
JAP. bila saya perhatikan jari saya, jari telunjuk saya lagi pendek dari jari hantu dan jari manis. cuma jari telunjuk saya tinggi sikit lah dari jari kelingking dan ibu jari. hehe
Post a Comment