Pages

Wednesday, January 9, 2013

Isu Kalimah Allah

Assalamualaikum.
Wah sangat hebat tajuk atas tu...Jangan salah faham yerk korang. Saya ni bukan penyokong kepada sesiapa pown. Saya sendiri pon x tahu siapa dan dari mana asalnya isu ini timbul. Walaupun berita-berita kat TV mengatakan pembangkang yang memulakan isu ini, tapi saya x nak jump to the conclusion. Fakta ni, selalu diputar belit, sampai kita pun x tahu mana satu yang betul. Maka, saya mengambil langkah untuk tidak menyentuh siapa yang membangkitkan isu ini. Saya pon manusia, risau bila tersalah cakap, mendatangkan fitnah, nanti kat akhirat kena dakwa, sapo nak jawap kan????

Cuma kat sini, saya nak ulas tentang isu Kalimah Allah ni. Sememangnya tak patut jika digunakan oleh orang yang bukan beragama Islam. Sedangkan dalam syahadah kita berbunyi begini "Aku bersaksi, tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah". Dah terbukti, Allah tu untuk orang islam. Tak salah mereka diluar nak gunakan Kalimah Allah, tapi peluk Islam dan lafaz syahadah.

Jika mereka menggunakan Allah sebagai tuhan mereka, maksudnya mereka harus percaya Allah itu wujud, bukannya menyembah salib yang tergantung patung jesus dan mariam.

Islam itu suci, Allah itu pencipta kita, jika mereka menyamakan Tuhan mereka itu seperti Allah, lain pula ceritanya. Perkara ni boleh serongkan akidah kita sendiri nanti, sebab akan ramai yang keliru jika Allah tu boleh diguna pakai oleh orang bukan Islam.

Tak kisah siapa yang bangkitkan isu ini, saya x bersetuju kalimah Allah diguna pakai oleh golongan bukan Islam.


2 comments:

Anonymous said...

kalimah Allah tu mmg kt arab org bukan islam pn gunakan perkataan tu..jgn terkejut kalau ada dgr pak arab kristian yg sebut Alhamdulillah pas sendawa sbb minum arak...sebelum zaman Nabi kita lg pn dah digunakan perkataan tu...tetapi amat lah tak sesuai kalo di gunakan kt malaysia nak letak dalam kitab injil berbahasa melayu plak tu..tu kan bahasa arab..kalo nak letak dlm Injil bahasa melayu..letak la perkataan melayu...
atok asan...

Anonymous said...

rasanya penggunaan kalimah Allah dlm bible kt sbh swk nun dh lame digunakan.takde bising ape pun.takkan kementerian dlm negeri tak tau buku2 tu dicetak?yg heran, baru2 nie je kecoh.yg lagi pelik, gov cuma benarkan penggunaan kalimah Allah di sbh swk, tp kt semenanjung tak boleh.camne tu? kalau btul2 x bagi, kena satu malaysia la tak boleh guna.