Bila cerita tentang hati n perasaan orang lain, kita tak akan tahu apa sebenarnya yang mereka rasa. Kadang-kadang, kita memang rasa kita memahami masalah orang, tapi dalam faham tu jugak, kita akan kritik dan lahirkan rasa kurang senang, contohnya macamni.
"Ish , kesian minah tu, tak kahwin sampai sekarang"
"Mesti dia rasa rendah diri, xpelah, kita kena lah faham dia"
tu ayat first version, then akan ada dialog mcam ni keluar...
"Aku rasa, dia tu tak kahwin sebab mulut dia celupar, lepas tu memilih sangat"
"Kalau nak memilih pown, bertempatlah, kalau muka cantek, ok lah juga kalau nak memilih"
Tapi, kita x pernah tahu kenapa orang tu tak kahwin sampai sekarang, yang kita tahu mengutuk dan mengumpat. Padahal ramai yang tak kahwin tu disebabkan, mereka ni pemalu, x pandai bergaul, kurang rakan lelaki, suka duduk rumah, x ada masa...pendek kata, KASUT MEREKA, MEREKA JE TAHU SITUASI SEBENARNYA KASUT MEREKA TU, MACAM TU GAK KITA, KASUT KITA, KITA JER YANG TAHU BAGAIMANA KEADAANNYA.
1 comment:
Ya, betul.. sapa la yang tak nak berkeluarga jika diberi peluang.. tapi masing-masing punya pilihan dan sebab mengapa memilih untuk stay single.. kita kena hormat.. dan bersyukur dengan apa yang ada..
Post a Comment