Assalamualaikum, Selamat Tahun Baru...:)
Hurm, rasanya semua perempuan-perempuan suka sangat tentang kecantikan, betul x?, terutamanya pedi & Manicure. Tapi x ramai yang tahu langkah-langkah keselamatan yang perlu anda ambil kira jika ingin mendapatkan rawatan pedicure & manicure.
Tajuk kat atas tu, why i stop doing pedicure & manicure? Ni cerita experience saya yang saya rasa sangat berguna untuk share bersama-sama. A few month back, saya ada pergi ke satu shoping complex area kuala lumpur. then saja je masuk satu kedai yang buat pedi & mani. Ni bukan first time buat Pedi & Mani, cuma ni fisrt time pergi kat sini, salu pergi tempat laen. Kali ni datang time waktu x sibuk, so saya sempatlah tengok secara details cara kerja diorang.
Masa ni, saya belum lagi start buat treatment since diorang tengah siapkan kaki sorang pelanggan ni, tapi time tu memang syok tengok dia kikis kulit mati customer tu, sampai berdarah-darah...dalam 15 min lepas tu, siaplah. Then sampailah turn saya plak...tapi yang saya terkejut, bila customer saya tu angkat jer kaki, huhu nampaklah permandangan indah kat kaki dia...huiyooooo sikit punya banyak kulit rekah-rekah yang macam nak berdarah pown ada...ngeri sekejap..tapi....yang paling xbestkan, semua peralatan yang diorang guna untuk unty tu, saya tengok dia x rendam pown dalam air panas, just cuci camtu2 jerk. Lepas tu, just sembor ngan antiseptic. Wohaaaaaaaaaaaa sangat mengerikan...then saya tanya dia, selamatke guna macam tu? diorang cakap, x pe ok je, selamat untuk guna. Then saya dengan penuh tatasusila minta maaf, and keluar dari kedai tu.
Korang tahu kenapa saya blah?
sebab saya teringat personal doctor saya pernah cakap, ada 4 barang personal yang kita x boleh nak share dengan orang. Ni barang-barang tuh
1) Pisau Cukur
2) Tuala Mandi
3) Ketip Kuku
4) Berus Gigi
Benda-benda ni, korang kena elakkan dari share walaupun dengan adik beradik sendiri, sebab ni personal things. Penyakit senang je nak merebak if kita share benda-benda ni. Bayangkan, ada satu customer dapat ketuat, then kita share plak tuala ngan sepit kuku, huhu alamatnya berketuatlah kita yerk...
Seriyes, saya nampak sendiri, tuala yang dia lap kaki unty tu, dia nak guna untuk lap kaki saya, huhu ngeri lah pulak. Seingat saya, pedi & mani yang selalu saya pergi, diorang akan buang sepit kuku n pisau yang diorang guna untuk kita tu, memang ada kit untuk setiap pelanggan...yang share hanya losen sahaja. tuala pown diorang akan guna yang baru...memang harga agak mahal sikit, tapi kebersihan terjaga.
So boleh nak pergi wat treatment, tp pastikan tahap kebersihan salon pedi & mani tuh, jangan hentam keromo sahaja, lepas tu dapat penyakit kulit, lagi parah kalau dapat virus yang ditakuti...huhuhuuhuhuhu nauzubillah.
Kepada pengusaha salon, x perlu nak berjimat untuk dapatkan keuntungan, melaburlah sikit, customer x kisah nak bayar mahal sikit, janji berbaloi n kebersihan terjamin...
No comments:
Post a Comment