Pages

Monday, January 28, 2013

Kenapa Lelaki Nak Kahwin Lebih Dari Satu

Berani-berani jerk saya tulis post camni...biasa lah, pompuan memang x suka bab ni, tapi lelaki musti suka sesangat..

Memang lumrah la, nak beristeri lebih tu adalah cita-cita kaum adam, cuma bila diorang fikirkan balik, timbang, tolak, tambah, bahagi n darab semua, bila tengok kocek, duit cuma cukup-cukup makan, terpaksalah mereka menahan nafsu untuk berkahwin lagi tu...hihihihihi

Hahaha, eh, korang jangan plak wat spesikulasi bila baca bab ni hokey, saja nak kupas isu kahwin lebih dari satu ni...

Cuba korang fikir balik, masa korang bercinta mesti korang x pernah menjangkakan semua ni kan, tapi pernah x korang terfikir yang masa bercinta tu semuanya manis...hehehehe

Korang baca ayat kat bawah ni, then korang fikir mana satu yang boleh dipercayai...ni ayat yang aku pernah dengar dari member2 aku masa time belajar dulu...

Member 1
Aku kalau kahwin, aku nak setia ngan isteri aku. Tak terfikir dan terlintas langsung dalam hati aku nak kahwin lagi satu.

Member 2
Aku rasa, lepas 6 tahun aku kahwin, mungkin aku mula terfikir nak kahwin lagi satu, aku akan bertahan ngan bini aku, tapi mungkin aku akan terfikir hal nak kawen lagi...


Phew....aku lagi percaya cakap member 2 tuh,,,,hihihihihi bukan ape, ayat dia nampak jujur giler, tapi to be honest ngan korang, aku memang terperanjat giler bila jumpa balik ngan diorang...dalam sebulan lepas, aku terserempak ngan member 2 kat ampang park, so sempatlah sembang kejap, hahahahaha, lepastu mulut aku ni pown macam haram jer tetiba, selamba jer aku tanya dia pasal isu ni...
Tahun ni dah masuk 7 tahun diorang kahwin, tapi menurut member aku, yang satu ni pown dah cukup buat doa sakit kepala, dia x leh bayangkan camaner kalau dia tambah lagi satu....

Banyak sebab kenapa lelaki ni nak bukak cawangan...

1)   Baru tersedar bini skang tu pilihan keluarga, bukan pilihan hati sanubari dan nurani
2)   Tak sengaja terjatuh hati disebabkan selalu dengar masalah wanita lain
3)   Nak mengurangkan golongan andartu
4)   Nak tolong janda-janda yang memerlukan
5)   Nak ikut sunnah rasul
6)   Nak zuriat sebab isteri pertama x ada zuriat
7)   Harta dah banyak, kalau pasang lagi satu ada gak orang yang boleh guna harta yang terlebih-lebih tu
8)   Nak beri kasih sayang kat orang-orang yang kasih sayang
9)   Bini jauh, kasih sayang x cukup
10) Anak ramai sangat, bini x sempat bagi perhatian
11) Dah muak tengok bini, hari-hari tido pakai bedak seju, sambut laki balik ngan sudip kat tangan, baju yang penuh ngan kesan kunyit and ada bau masam-masam sikit
12) Bini kuat membebel
13) Bini dah monopous
14) Nafsu kuat sangat
15) Bini x pandai jaga badan dan rupa paras
16) Bini dah x manja macam dulu, skang dah jadi garang macam mak harimau bintang
17) Bini suka mengongkong
18) Bini dari mula kawen sampai skang masih x pernah masak untuk laki, hari-hari beli kat janda sampai laki terpikat ngan janda tuh
19) Jumpa balik ngan ex-girlpren yang merupakan first love korang
20) Kena guna-guna
21) Percaya boleh berlaku adil

Ha, mana satu alasan korang kaum adam?? sila pilih yerk...hihiihihi saje jew letak bebanyak camtu..
Tapi sebelum korang kahwin, cuba tengok dalam akaun bank, dalam poket, ada berapa ribu duit korang yang terlebih??? 1k, 2k, 3k, pastu tengok balik boleh ke adil???

Korang paham x maksud adil tu ape???
Camni yerk murid-murid maksud adil tu...kalau bini pertama korang ada 4 anak, tiap-tiap bulan korang peruntukkan 6000 untuk dia, semua tu termasuk duit buku anak, belanja rumah and macam-macam lagi. Pastu korang sediakan kereta BMW. Tapi untuk bini muda x bley la korang nak bagi 6000 sebulan plus kereta BMW, kepala otak korang kalau wat camtu, tu bukan adil...hahahaha, dah la bini baru tu baru dikahwini, x ada tanggungan, pastu korang bagi dia buta-buta 6000 ngan kereta BMW. Sedangkan bini korang yang dah 25 tahun kahwin ngan korang, baru tahun ni dapat naek keta BMW, dulu-dulu cuma naek keta saga jer..pastu susah senang ngan korang dari dapat duit poket 50 ringgit sebulan sampai lah skang...

So adil tu, kena la tengok keadaan dulu yerk...kwang-kwang-kwang......so kepada kaum adam, kalau nak kahwin, tapi x mampu still gak nak kahwin, sila masuk neraka fikir-fikirkan yerkkkk

7 comments:

Anonymous said...

Very good information. Lucky me I found your website by chance (stumbleupon).
I have saved as a favorite for later!
Also visit my webpage :: best online blackjack sites

Anonymous said...

Thankfulness to my father who told me regarding this weblog, this website is actually awesome.
Here is my web blog : View Web Page

Unknown said...

maaf ye.. saya ingin berpendapat.. soalan nya.. berapa ramai lelaki yang kelakuan nya baik untuk dijadikan suami..? tidak kira lelaki gay dan lelaki tidak ada minat pada wanita.. pasti ada.. kan..? berapa bilangan lelaki..?bagaimana pulak dengan golongan lelaki yang gaji tk seberapa.. tp kelakuan baik di mata ramai..? pasti ada.. kan..? jadi apa akn terjadi pada kaum wanita.. kira lah bilangan wanita yang inginkan suami.. katakan ratio 1:1.. pasti melebihi bilangan lelaki tersebut.. pasti ada golongan wanita yang tidak dapat lelaki baik untuk dijadikan suami.. renunglah kan.. pasti kmu jelas skali tahu apa jawapan nya..

Unknown said...

maaf ye.. saya ingin berpendapat.. soalan nya.. berapa ramai lelaki yang kelakuan nya baik untuk dijadikan suami..? tidak kira lelaki gay dan lelaki tidak ada minat pada wanita.. pasti ada.. kan..? berapa bilangan lelaki..?bagaimana pulak dengan golongan lelaki yang gaji tk seberapa.. tp kelakuan baik di mata ramai..? pasti ada.. kan..? jadi apa akn terjadi pada kaum wanita.. kira lah bilangan wanita yang inginkan suami.. katakan ratio 1:1.. pasti melebihi bilangan lelaki tersebut.. pasti ada golongan wanita yang tidak dapat lelaki baik untuk dijadikan suami.. renunglah kan.. pasti kmu jelas skali tahu apa jawapan nya..

Anonymous said...

memang fitrah seorang lelaki mahu kan isteri lebih 1 dan mmg fitrah isteri x mahu bermadu..apa salahnya suami kahwin lain kalau dia baik dan boleh mebahagiakan wanita lain..duit,rumah,kereta adalah rezeki dari tuhan dan boleh dicari..suami bukan hak mutlak untuk isteri tapi hanya dipinjamkan dari tuhan...

Anonymous said...

Mmg suami hanya pinjaman, tetapi isteri dan anak adalah amanah dari Allah, didiklah isteri dan anak yg sedia ada telebih dulu, kalau berjaya nak tambah 3 org pun tak marah, tetapi jgn sampai tido tak lena dan silap2 dapat sakit jantung dan terus gol.

Anonymous said...

tiada yang sempurna dan kekal melainkan Allah..antara pinjaman dan amanah lebih berat menjaga amanah...