Pages

Sunday, June 16, 2013

FB, Instagram - Cerdikkah Anda Jika Menggunakan Laman Sosial Untuk Meluahkan Masalah Peribadi?

Assalamualaikum.
Tertarik dengan isu semasa yang saya rasakan semakin buruk, maka saya terpanggil untuk menulis tentang isu di atas. Sana sini golongan yang cetek akal fikiran mencoret, melahirkan rasa ketidakpuashati mereka kepada sesiapa sahaja di laman-laman social seperti face book, instagram dengan tujuan meraih simpati. Bijakkah anda jika anda mencanangkan ke seluruh dunia permasalahan anda dengan teman lelaki, suami, isteri, rakan malah ibu atau ibu mertua anda sendiri.

Di dalam arus kemajuan, masih lagi wujud insan yang berfikiran kurang cerdik dan bertindak mengikut rasa. Maaf saya katakana, jika anda tergolong di antara golongan yang suka melempiaskan kemarahan dan mengadu kepada masyarakat tentang masalah peribadi, anda adalah golongan yang dayus pemikiran dan tingkah laku. Biar kita tidak belajar tinggi, tapi tidak perperilaku kurang cerdik sebegini. Berterus terang dan bersikap telus dalam menyelesaikan masalah adalah cara yang terbaik. Banggakah kita bercerita seluruh dunia tentang masalah kita dengan ibu bapa atau yang sesiapa sahaja?  Kemudian, kita akan rasa terharu dengan komen2 yang diberikan oleh rakan-rakan yang bagi saya turut kurang cerdik akal dan tingkah lakunya.


Selalunya, orang-orang sebegini adalah orang yang memang bersalah, tapi malu dan ego untuk mengaku bersalah. Pada mereka, mereka tidak bersalah di sebabkan itu mereka mencanang semua hal peribadi mereka supaya diketahui umum…

Paling menyedihkan, jika kita berperangai sebegini, masyarakat akan menilai betapa ibu dan bapa gagal mendidik anak-anak untuk mempraktikkan nilai-nilai murni.
Isu sebegini tidak terhad kepada golongan artist sahaja, tetapi semua golongan tidak terkecuali. Sudahlah berkongsi masalah peribadi, ada juga ayat-ayat kurang manis seperti mencarut di tulis juga.  

Seharusnya, masalah peribadi perlu diselesaikan secara personal, dan tidak melibatkan pihak-pihak lain, paling sediy bila mereka ini “terkantoi”, mereka akan menidakkan sehabis-habisan dengan mengatakan isu itu tiada kena mengena dengan orang lain, walaupun sudah jelas tindakan mereka itu ibarat menegakkan benang yang basah. Kemudian akan ada tindakan saman-menyaman antara dua pihak kerana tidak berpuas hati. Insan yang terlalu suka menyebarkan isu peribadi di laman social kurang arif sebenarnya tentang undang-undang, memang betul anda tidak meneybut nama seseorang itu dengan jelas, tetapi anda masih boleh dikenakan tindakan undang-undang, apatah lagi anda menyebut dengan jelas sifat-sifat peribadi sesorang itu seperti “seseorang yang dianggap seperti ibu kandung” ataupun “pihak sebelah isteri”. Gelaran seperti ini sahaja sudah boleh mencerminkan siapa yang anda maksudkan.


Berfikirlah sebelum mencoretkan sesuatu, fikir dan renungkan kembali apakah kesan kepada kehidupan anda nanti, ianya bukan boleh menyelesaikan masalah, tapi boleh mengakibatkan diri anda malu sendiri kerana satu hari nanti diri anda juga akan dicemuh kerana bersifat kurang cerdik.
Anda bukan sahaja bersalah kepada orang yang dikutuk, tetapi berdosa kepada seluruh masyarakat kerana menyebarkan fitnah, maka di sini sisi peribadi anda akan jelas di lihat sebagai manusia yang tidak bertamadun.

Jika masyarakat zaman dahulu suka melukis pada dinding-dinding batu untuk meneceritakan apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan mereka, tetapi anda lebih mundur dari mereka kerana mencoret sesuatu yang bersifat buruk di laman-laman sosial...realitinya, kita sekarang seolah-olah kembali kepada zaman purba yang ketika itu tidak bertamadun.




2 comments:

Mama bosan said...

Dah trend zaman sekarang, anak kutuk ayah, ayah kutuk anak, ibu kutuk ayah, ibu kutuk anak, laki kutuk bini, member kutuk member and sumer letak kat FB. diorang ni bukan setakat kurang cerdik, tapi memang golongan yang bebal. Pasni silap hari bulan lafaz cerai kat FB...

Orang zaman skang memang x sedar diuntung, time susah, mak bapak la diorang carik, bila dah senang sikit lupa daratan, yelah kawan ramai, tapi dia lupa kawan yang bertenggek tu sumer sebab dia senang...cuba kalau susah,,,nak tumpang keta pown orang x sudi.....

nawarzara said...

Itulah yang menyedihkan, sepatutnya kita berbincang secara sesama sendiri. Kasihan kepada ibu bapa yang di cerca, atau insan lain yang dicerca tu. Sudahlan diburukkan, satu dunia membaca apa yang ditulis.

Semoga saya bukan tergolong dikalangan mereka..Amin