Pages

Tuesday, September 15, 2009

Malam Lailatul Qadar saya.




Masa saya kecil, pernah bercita-cita nak berjumpa malam lailatur Qadar, punyalah rajin bangun waktu tengah malam semata-mata nak tengok macam mana keadaan lailatul Qadar tu. Nak di jadikan cerita masa tahun 1990, saya memang berusaha bersungguh-sungguh , sampaikan saya mengunci jam supaya boleh terjaga pada malam hari.
Pada malam 27 ramadhan, malam yang kebiasaannya malam Lailatul Qadar, tiba-tiba saya terjaga, lebih kurang pukul 1:30 pagi. Suasana masa tu memang lain sangat-sangat. Angin sepoi-sepoi bahasa je, tapi sejuk je, saya memang agak malam tu adalah malam yang saya tunggu-tunggu.

Untuk meyakinkan, saya buka pintu dan menjengah ke luar rumah, tiba-tiba saya lihat pokok di hadapan rumah saya seolah-olah sedang rukuk. Fuhh, memang confirmlah malam lailatul Qadar. Saya pun terus melangkah masuk dan menutup pintu, tiba-tiba saya di kejutkan dengan bunyi benda jatuh ke tanah, cepat-cepat saya berpaling dan terkejut saya melihat abah dan abang saya berada di atas tanah. Mereka tersengih-sengih menahan sakit. Barulah saya tahu rupanya mereka berdua memakai baju hitam dan berpakat duduk di atas dahan pokok supaya pokok itu kelihatan seperti sedang sujud. Katanya, meraka kasihan melihat saya berjaga malam semata-mata mahu berjumpa malam lailatul Qadar. Pada mulanya memang saya marah, tapi kemudian saya turut tergelak. Hampeh, tertipu jua saya akhirnya.

Barulah saya faham ia adalah malam anugerah Allah, tidak semua orang mendapat kelebihan untuk berjumpa dengannya.
Tidak kiralah orang yang berjumpa dengannya itu jahat atau baik, siapa pun kita, hanya Allah sahaja yang layak menilai diri kita.

2 comments:

MiSs iiMa said...
This comment has been removed by the author.
MiSs iiMa said...

leceh betulla nk post comment kt blog ko nih..
Mcm ini baru cun..tidaklah tulisan di tgh2 buku.nice layout.patutlah ko sua baca novel, ayat2 ko pun da mcm novel.banyk betul kisah2 kanak2 ko, aku pun banyk, tp kebanyakannya suka meraung kena using ngn abg je haha