Pages

Tuesday, October 27, 2009

Batu Belah Batu Bertangkup










Jika anda sudah terbiasa dengan cerita-cerita saya, mungkin anda tahu saya dan adik-beradik laen sangat nakal semasa kecil.

Sememangnya sewaktu saya kecil saya sentiasa di kelilingi dengan peristiwa yang lucu, ianya bukanlah imaginasi saya, tetapi adalah peristiwa benar yang berlaku. Seronok bila dapat berkongsi cerita dan mengingati kenangan yang sentiasa terpahat dihati dan ingatan.

Mama saya memang lembut tapi kadangkala agak garang juga maklumla...cikgu cikgi...
Sebelum adik nombor 3 saya lahir, saya memang anak manja..maklumlah..sorang je perempuan. Cuma bila saya menginjak ke umur 4 tahun, abang saya banyak mengajar saya bermain mainan kanak-kanak lelaki. So...rentetean dari itu saya menjadi semakin nakal...dan kerap mengusik adik yang baru lahir. Kesian mama, kadang-kadang tanpa pengetahuan mama, saya dan along bergotong royong mengeluarkan adik dari buaian kemudian meletakkannya di atas timbunan kain baju yang baru diangkat dari jemuran.
Magisnya, adik tidak menangis bila dibuat begitu...dia cuma mengekek kegembiraan...
Jenuh juga kami kena rotan di tapak kaki, tapi tak pernah pun serik....

Sampailah kemarahan mama tiba di kemuncak. Masa tu mama baru balik dari pasar malam. Masa tu mama beli buah sentol, kiranya buah ni buah peberet mama saya. Memang wajib beli kalau jumpa kat mana-mana....nak di jadikan cerita buah ni turut jadi buah peberet saya adik beradik....
Tapi untuk mengelakkan dari berebut, mama dah bahagikan sorang 5 biji, so tak ada alasan nak ambil orang laen punya. Tapi dah namaya kanak-kanak..memang jarang yang faham bahasa. Masa tu saya nampak ada satu biji buah sentul dalam peti ais, tanpa bertanya siapa yang punya saya terus balun secukup rasa. Lepas je saya habis makan, saya tengok mama mencari sesuatu dalam peti ais, rupanya mama cari buah sentulnya yang hilang dimakan oleh saya. Saya pun beritahu mama, saya telah makan buah sentul tu...masa tu saya tengok mama menitiskan air mata...cuak saya...lepas tu mama lari laju-laju ke arah hutan belakang rumah.

Sebelum ni saya ada cerita, rumah saya di kelilingi bukit dan hutan..so dalam hutan tu memang ada batu besar...macam batu belah gak la...cam batu gunung tu...so mama lari pergi ke batu tu. Saya dan along pergi kejar mama, tapi teringat adik kat rumah dalam buaian..nasib baek masa tu along dah 6 tahun, so dia pun dukung la adik, pergi kejar mama. Masa sampai kat tengah batu...tetiba saya nampak ada darah kat batu tu...seingat saya masa tu saya, along dan adik nangis kuat-kuat dalam hutan tu....punya la kuat kami 3 beradik nangis, ingat mama dah kena makan dengan batu tu. Kami panggil nama mama, langsung tak ada jawapan. Tak lama lepas tu kami dengar suara garau dari batu itu yang mengatakan kami berdua terlalu nakal, dan itu adalh hukuman untuk kami. Dan suara itu menyuruh kami jangan mengulangi kembali perbuatan tersebut. Beria-ia kami berjanji dan mnyuruh batu itu memulangkan mama kami. Tersedu-sedan kami menangis...
Agaknya kami menangis terlampau kuat sampai orang yang tengah menoreh tu dengar, mereka pun pergi mendapatkan kami, along cakap pada mereka yang mama dah kena telan dengan batu belah sambil menunjukkan kesan merah yang terdapat pada batu itu, tapi ada penunggu batu tu yang menyuruh kami berjanji supaya berkelakuan baek dan

mereka akan memulangkan ibu kami. Masa tengah bercakap, tiba-tiba mama keluar dari belakang batu...masa tu kami semua terus memeluk mama. Masa tu memang kami tak nakal sangat...takut mama pergi ke batu belah batu bertangkup...kerana menurut penunggu batu itu, jika kali kedua mama di telan batu..kami tidak akan berkesempatan berjumpa dengan mama lagi...

Sampailah saya berumur 5 tahun, mama bercerita kembali dengan kami, bahawa..mama mereka cerita bahawa dia di telan oleh batu belah itu, dan penunggu yang bersuara itu adalah mama sendiri....dan darah yang terdapat di tepi batu itu adalah, getah pokok tampang yang bewarna merah seakan darah bila buahnya jatuh dari tampuknya.

Hishhh...Mama memang betul-betul berjaya membuatkan kami insaf dan berkelakuan baek...tapi yang kelakarnya masa tu kami 3 beradik tidur malam sambil memeluk mama tanpa bergerak sedikit pun...ha,ha....

Bila mama dah tiada, inilah cerita dan kenangan yang ada dan adakala saya menangis sendirian memikirkannya....

No comments: