Teringat masa tahun 1985 masa tu umur saya 5 tahun. Kebetulan dapat adik lelaki, so ayah bercadang nak buat akikah untuk adik lelaki saya tu...kira dah lambat gak buat, masa tu umur dia dah 3 tahun lebih la..tapi tak per..yang penting buat kan...
Macam biasa la, sembelih kambing biri-biri untuk akikah adik. Semua orang sibuk menyediakan persiapan untuk kenduri akikah, masa tu saya memang tak faham sangat abah n mama buat aper. Yang saya tahu masa tu banyak sangat bawang, beras, rempah dan barang dapur laen yang di hantar ke rumah, siap pasang khemah lagi. Saya dan along tak ada kerja laen…..asyik bermain, memang tak ada rasa nak menolong pun. Sampailah waktu petang, tiba-tiba masa saya selesai mandi, tiba-tiba saya lihat ada lori yang membawa 2 ekor kambing biri-biri menuju ke rumah saya, cepat-cepat saya panggil abah, muskil juga kenapa abah ambil kambing tu, takkan abah nak bela kambing, kemudian saya lihat abah membayar duit kepada mamat-mamat yang bawa kambing tu, macam ada konspirasi jer...
Tak per, saya akan siasat perkara ini, mungkin ada perancangan laen yang saya tidak tahu, itulah perkiraan saya masa waktu tu...
Malam tu masa makan malam, saya tanya abah, nak buat apa kambing biri-biri tu, abah pun senyum-senyum sambil cakap ”adalah, korang budak-budak tak payah tahu, lagipun ni hal orang dewasa”
Aiks...ni kes berat, mungkin betul ada agenda tersembunyi...
Saya dan Along cepat-cepat beredar dan turun ke bawah rumah, kami lihat kambing biri-biri itu telah diikat di sebatang pokok jambu batu... kelihatan beberapa orang pak cik sedang menjaga kambing itu, kami curi-curi dengar perbualan mereka, dalam percakapan mereka, kami berdua terdengar ayat yang berbunyi, ”sembelih je, buat kambing panggang, cicah air asam pun sedap”???? Memang pastilah, mereka ni bersubahat nak menyembelih kambing biri-biri itu.... kemudian peluang yang di tunggu tiba, pak cik berdua itu, telah naik ke rumah kami untuk menjamu selera setelah di panggil oleh abah. Kami berdua bergegas ke tempat kambing itu di tambat, kami lihat, kambing biri-biri itu menangis..lagi kami sayu, cepat-cepat saya dan along leraikan ikatan tali dan membawa kambing itu ke tempat persembunyian kami di semak berhampiran.
Kami berdua rasa bangga kerana telah berjaya menyelamatkan kambing biri-biri itu dari menjadi korban nafsu pelahap pak cik berdua itu...tapi nasib memang selalu tak menyebelahi kami, tiba-tiba kami di kejutkan dengan kehadiran abah di belakang kami, tanpa di suruh kami menerangkan bahawa kami telah menyelamatkan kambing itu dari pak cik pelahap itu, sebaik mendengar cerita kami, abah terus tergelak tanpa henti...dan menerangkan kepada kami bahawa..kambing itu adalah untuk di buat korban akikah untuk adik. Ceh...buat penat je,,,sudahla kami ke hutan dengan tidak berbaju, habis satu badan di gigit nyamuk, last-last bukannya dapat pujian...tapi malu dan penat....Malam tu adik, mama dan abah pakat-pakat gelak kan kami dua beradik...malunya...
Kalau daripada awal cakap nak buat akikah,,kan ke senang...tak payahla, saya susah susah jadi penyiasat tak bertauliah!!!!
No comments:
Post a Comment