Assalamualaikum.
Pagi tadi tengok email, and berlumba-lumba email masuk, tapi yang menariknya, ada 1 email ni yang memang bagus untuk saya kupas n share kat blog saya ni.
"KALAU SUAMI KITA BUKAN ORANG BERJAWATAN.....PERLU KE MALU Or RENDAH DIRI?".
Semua orang ada pendapat masing-masing, betul tak? Kalau di ikutkan, semua perempuan hendak lelaki yang stabil, ada pendapatan 5 ribu ke atas, ada kondominum mewah, berjawatan tinggi, kenderaan mewah dan bermacam-macam lagilah, betul tak? Pendek kata 5C's. Career, Car, Condominum, Credit Card and Cash!. Wallaweh, sape tak bangga kalau suami hantar kita depan ofis dengan menaiki lamborghini atau paling kurang pun Mitsubishi Lancer.
Itulah nafsu dunia, betul? Perlu ke kita mengejar lelaki yang berjawatan sahaja tanpa menilai keperibadian mereka? Apa ada pada jawatan, kereta besar, rupa paras n segalanya? Dalam kubur kita tetap sama. Kain Kapan pun warna putih jugak, x ada pun kain kapan yang lambang LV or Gucci.
Bukan lelaki yang berjawatan tinggi ini yang salah, mereka tidak bersalah. Rezeki mereka "born rich". Itu adalah kelebihan yang ada pada mereka. Yang tak manisnya bila ada wanita yang mengejar golongan sebegini dan terdapat segelintir wanita yang malu apabila suami mereka itu bukan dari golongan berjawatan.....
Tidak semua perempuan bertuah dapat mengahwini lelaki dari golongan aristocrat.Dan tidak semua lelaki aristocrat yang berkahwin dengan perempuan ini bertuah sebenarnya. Apa yang menyebabkan anda berfikiran jika kita mengahwini lelaki aristocrat, maka seluruh hidup kita akan senang lenang dan mewah di ulit intan berlian... Hohohoho...sungguh kelakar pandangan itu.
Perlu di ingatkan, sebesar-besar jawatan or kasta mereka, Allah itu yang lebih berkuasa atas segalanya.
Siapa di muka bumi ini boleh menjamin kehidupan n kemewahan kita sekarang ini akan kekal?
Yang kekal adalah Allah. Tidak ada suatu benda pun di muka bumi ini yang kekal. Hari ini kita senang, esok lusa mana tahu kita akan di timpa kesusahan.
Panas betul halwa telinga bila mendengar pandangan wanita yang mengatakan begini.
" I memang nak cari lelaki yang bekerjaya, handsome and poket tebal, maklumlah sekarang perbelanjaan mahal, so kenalah cari lelaki yang kaya sikit, terjamin masa hadapan".
Hurm......wahai wanita di seluruh dunia, bukan mahu menasihati, cuma baca cerita di bawah dan anda buat ulasan sendiri.
"Fatimah hidup berjiran dengan Shamsiah. Usia perkahwinan mereka menjangkau 10 tahun. Fatimah di kurniakan 7 orang anak, tetapi Shamsiah masih belum mempunyai rezeki untuk menimang cahayamata. Rasa putus asa dan sedih datang silih berganti. Shamsiah mengeluh dan mempersoalkan kenapa Allah tidak mahu memberikan cahayamata kepadanya. Melihat keadaan jirannya fatimah yang bahagia dikelilingi anak membuatkan shamsiah rendah diri. Fatimah pula kerap kali bercerita kepada shamsiah, bahawa dia sangat bertuah kerana mempunyai anak yang ramai, dan hidupnya pada hari tua akan terjamin kerana, ada anak-anak yang akan menjaganya nanti.
Kasihan Shamsiah, dia sering terasa hati dengan Fatimah. Fatimah pula dari hari semakin sombong dan bangga dengan rutin harian sebagai seorang ibu. Hari-hari bercerita tentang perkembangan anak-anaknya sampaikan Shamsiah hampir meroyan mendengarnya. Suami shamsiah yang faham dengan keadaannya itu, memujuknya dan menyuruh shamsiah bersabar atas dugaan yang menimpa, pasti ada hikmah yang mereka sendiri tidak tahu.
Sehinggalah suatu hari, Fatimah merancang untuk pergi bercuti bersama suami dan anak-anaknya ke pulau pangkor. Apabila Allah mengkehendaki sesuatu perkara itu terjadi, tidak lambat dan tidak cepat sesaat pun, pasti akan berlaku. Seluruh ahli keluarga Fatimah terlibat dalam kemalangan , dan malang sekali apabila ke tujuh2 anak mereka meninggal dunia di dalam kemalangan itu.
Fatimah separuh gila mendengar berita bahawa kesemua anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari itu, sekelip mata hilang dari hidupnya.
Anda dapat mesej yang saya cuba sampaikan? Benar, tidak ada ape yang PASTI di bumi Allah ini. Dia berhak menarik balik semua yang di berikan kepada kita dalam sekelip mata. Ingat, semua itu pinjaman dari NYA.
Tak perlu malu jika orang bertanya apakah pekerjaan suami anda? Anda perlu jawap dengan yakin dan ikhlas, tak perlu menipu siapa suami kita.
sila baca perbualan di bawah.
S- "Suami awak kerja apa?
J- "Suami saya office boy, ada masa terluang dia buat part time hantar pizza dan kadang-kadang berkebun
S- "Owh, cukup ke belanja dapur dengan gaji kecil macam tu?
J- "Setakat ni, saya dan anak-anak boleh je hidup, makan pakai pun terjaga, Alhamdullillah, rezeki sentiasa ada untuk kami
S- "Tapi mewah mana lah kalau gaji ciput kan?
J- "Memang x mewah, tapi rezeki x pernah putus
S- "Tapi mesti kesian kan, pakai baju x berjenama, kereta pun pakai kereta malaysia je
J- "Jenama tu x penting pun, sama je, yang penting. Kereta mewah pun still isi pakai petrol, sama je macam kami yang pakai kereta malaysia ni
S- "Sekarang duduk mana? menyewa ke?
J- "Owh saya duduk sebelah je rumah puan ni, rumah ni suami saya beli hasil dari kerja despatch and hantar pizza tu
S- "erkkkkkkkk
Haha, kan dah malu sendiri....ingat orang gaji ciput x boleh senang ke? dialog kat atas ni actually saya ambek dari cerita member saya masa reunion haritu...hehe...
So, x yah malu k. yang perlu anda malu bila suami anda malas nak kerja. Ha, tu perlu malu...
So, yakin lah, kalau sekarang suami anda hanya seorang pekerja biasa, jika dia rajin berkerja n berusaha serta bertawakal, InsyaAllah dia akan jadi orang yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya.
Chaiyok2
1 comment:
Assalam.
Jahanam la rumahtangga kalau malu dengan husband sendiri. Sure kesian kat laki korang kalau diorang tahu isteri dia x sepenuh hati terima dia.
Nawar, good job sebab cari isu mcamni. Aku memang tunggu je isu camni di keluarkan. Geram dengan perangai camni. Newspaper berlambak tulis isu ni, bini tinggalkan laki sebab nak kahwin ngan laki kaya. sekali melepas sebab lelaki tu pengedar dadah. haru hidup .
Post a Comment