Pages

Sunday, February 19, 2012

Corat Coret Di Dungun.....

Salam.
Rindu sangat rasanya bila x update blog ni. This weekend saya balik ke kampung InsyaAllah my future husband (i call him beliau) di Dungun Terengganu.

Jumaat lepas kami bertolak dari kuala lumpur, huhu memang hari yang betul-betul menguji saya. Beliau demam agak teruk sampai tak boleh drive, nak tak nak, terpaksalah saya drive dari KL ke Dungun. Jalan shortcut semua berlubang, terpaksa ikut jalan pantai cherating, 6 jam barulah sampai ke Kampung Lentang Dungun Terengganu.
Rasanya kalau sebut Terengganu, ramai yang tahu kat sana memang banyak tempat yang menarik, betul x? Sepanjang jalan dari chukai ke Dungun banyak sangat pantai yang akan anda jumpa, macam saya memang dah terbiasa dengan permandangan begitu masih lagi merasakan itu adalah permandangan yang sangat mendamaikan hati. Perut dah lapar sangat-sangat, tapi beliau ajak makan di rumah sahaja, confirm n very sure ada lauk special yang bakal mak mertua saya masak.
Dalam perjalanan tu, sempat jugalah saya berfikir2 nak borong keropok lekor, keropok basah, budu n paling penting tart nangka! Kalau nak tahu, kat terengganu ni famous sangat dengan tart nangka, cuma x semua daerah ada jual. Kalau nak cari tart nagka ni, sila pergi ke daerah Marang or Ajil, kat sini memang banyak jual tart nangka.

Alhamdullillah, sampai jugak kami ke Dungun ni. Hurmmm si anak manja tu, bila dah jumpa mak n ayah dia, mengada-ngada betul,,,hehe, rindu agaknya kot...maklumlah, anak lelaki sulung merangkap anak kesayangan ayah n mak dia. Berpeluk ciumlah diorang tu, saya pun tumpang sekaki gak...menumpang kasih bakal mak mertua n ayah mertua.

Benda pertama yang dia buat, masuk rumah, pergi dapur terus angkat tudung saji n cakap camni, "Mak masak ape? angah lapar nak makan....hurm...order je yek beliau ni.
Memang betul ape beliau ni cakap, lauk yang di masak memang kaw-kaw nye sedap...sampai rosak cikit program diet saya hehe.
Ada lauk yang x pernah saya tengok, tapi bila dah rasa memang sentap sampai ke jantung dia nye rasa...sedap giler lah...ni nama lauk tu, belimbing buluh n ikan bilis kicap. Nampak mcam simple je kan, tapi cuba try, memang sedap. Cara nak masak senang je, cuba ikut langkah di bawah.

1- Lima biji belimbing buluh (di pecah-pecahkan sedikit)
2- Segenggam ikan bilis
3- Lima tangkai cili padi(ditumbuk)
4- Satu labu bawang besar (di mayang halus)
5- 5 Sudu kicap lemak manis.

Tumiskan bawang besar yang dimayang halus tadi, masukkan cili padi dan ikan bilis tadi. Masakkan sehingga ikan bilis garing n cili masak. Kemudia masukkan belimbing buluh yang telah dipecah-pecah kan tadi kedalam kuali, akhir sekali masukkan kicap lemak manis. sedia untuk dihidangkan. No need garam yek, sebab kicap n ikan bilis tu dah masin. Rasa dia memang complete, ada lemak, manis, masin and masam.

selain tu ada gak lauk-lauk laen, ikan keli masak cili padi, ulam jantung pisang, rojak buah n kuah kacang.

Lepas makan, kami borak-borak kosong. Saya plak ambil kesempatan jengok-jengok belakang rumah. Eh, cantek betul! ada buaian pulak kat bawah pokok rambai tu...kih kih...time untuk test kelajuan lah gamaknya..terasa cam dalam cerita bawang-putih bawang merah la pulak.

Malam tu, kami semua solat jemaah ramai-ramai. Sayu sangat rasa hati bila dapat solat mcam ni.Lebih terharu lepas solat saya di hidangkan dengan Tazkirah oleh bakal bapa mertua saya. Setiap bait kata-katanya, menusuk jiwa saya, tersentuh hampir sangat saya menitis airmata.
di bawah ni, antara ungkapan yang di zahirkan pada malam itu.

"Kita semua ini adalah datangnya dari satu susur galur, satu keturunan iaitu Adam dan Hawa. Tetapi semua orang terlupa tentang sejarah yang tertulis di dalam Al-Quran. Ada orang yang memakai gelaran Sheikh dan Sharifah tapi masih lagi memandang rendah kepada golongan yang tidak ada gelaran itu, mereka mengaku mereka adalah keturunan nabi, tetapi mereka terlupa di dalam Al-Quran mengatakan, Manusia pertama dan satu-satunya manusia yang wujud adalah Adam dan Hawa. Mana mungkin ada manusia laen pada waktu itu. Dari Adam dan Hawalah wujudnya keturunan manusia yang ada di muka bumi ini. Terlupakah kita tentang sejarah itu? Sepatutnya kita perlu ada sifat malu mengaku kita dari golongan Nabi sedangkan perangai kita tidak seperti yang disyariatkan".

Subhanallah, gugur juga airmata saya sebaik mendengar isi kandungan tazkira pada malam itu.

"Kita menyembah Allah, tapi adakah kita kenal siapa Allah itu? Maksudnya adakah kita kenal sifat2 Allah? adakah kita faham apakah tujuan kita solat? Niat kita solat kerana apa?"

Banyak yang saya pelajari malam itu, dan InsyaAllah saya akan terus memburu ilmu yang satu ini.

Seronok sebenarnya percutian saya kali ini. Penuh dengan bahan ilmiah.Maha suci Allah yang menyatukan kembali ikatan antara saya dan beliau yang pernah terputus satu masa dahulu.

Bakal mertua saya ni, memang berdarah pendidik,Seorang Guru besar di salah sebuah sekolah rendah di Dungun ni. Terkenal dengan sifat garang, tapi pandai melawak. Penuh dengan ilmu agama di dada dan tidak lokek apabila ditanya tentang hukum hakam membuatkan saya rasa sayu dan sedih. Orang yang berpendidikan begini tidak lokek langsung malah tidak memandang rendah kepada saya yang tidak berapa mahir dalam bab agama malah sudi mengajar saya satu persatu. Alhamdullillah.

Kalau anda sempat round sekitar Marang or Dungun, kat sini banyak jual air nira kelapa or nira nipah. Tapi saya nak ingatkan, kalau nak beli air nira, beli waktu pagi sebab time ni, air nira tu baru diambil. Rasa dia still lagi fresh dan tak memabukkan. Tapi hari tu saya terlupa hukum-hakam nak beli air nira ni. Time beli tu dah pukul 5 ptg, bila minum rasa laen mcm sikit, tapi still minum gak. lepas habis sebotol, kepala rasa pening semacam je. Lepas tu baru teringat yang air tu dah hampir jadi tuak....huhu....patutla macam mabuk-mabuk je. So kalau korang nak beli air nira, perlu diambil kira hukum hakam di atas yerk.

Bila tiba hari Ahad, rasa berat sangat rasa hati nak balik ke Kuala Lumpur. Rindu nak kembali ke daerah Dungun ni...Sebelum balik tu, singgah dulu di sekolah bakal ibu mertua saya. Mak aii, malu la pulak sebab di bawanya saya tawaf satu sekolah untuk diperkenalkan kepada kawan-kawan dia. Beliau plak boleh pandang dari jauh sambil senyum-senyum...hampeh betul.
Last sekali pergi ke sekolah bakal bapa mertua saya plak. Tak la jauh sangat, tapi gempak gak sekolah ni.
kat sini lagilah teruk saya kena usik dengan bakal bapa mertua.
"Ini bakal menantu saya, Kerja di KL tapi makan budu sepinggan licin".
Aduh malu sekejap..habis kerani kat situ gelakkan saya...hehe...terimalah padahnya bila makan budu bagai nak rak..:)

Sebelum balik KL, sempat gak gi pasar besar Dungun makan nasi dagang. Kat sini nasi dagang memang sedap belaka. X payah risau, anda cuma perlu membayar sekitar RM2 ~RM3 untuk setiap hidangan. Berbaloi kalau makan, simple tapi sedap.


Bila dah sampai KL, rasa sedih pun ada sebab meninggalkan daerah dungun...:)
Rasa x nak balik KL je, 3 hari tanpa jam n tenang je kt sana...balik KL, kembali kepada dunia yang sesak dan hiruk pikuk.

5 comments:

jambu merah said...

Hai Nawar, thanks to open back to all people your blog.

Memang kita selalu lupa tentang sejarah tu. I pun salu jumpa dis type or people. Bangga dengan kejadian diri, tapi diorang tu lupa kita dari susur galur yg sama!

Raden Puteh said...

Bertuah ada lagi family yang macamni. selalunya kat asrama je yang orang praktik kan benda ni. tu pun kalau rajin nak pergi dengar Usrah.

nawarzara said...

salam.

haha, memang kot. Dulu masa zaman i kat u yang ada majlis usrah ni. dulu
pun pegi kalau member pergi...hampeh betul time dulu2...:)

intan fatihah said...

nk itot nk mkn jgk kak tini

nawarzara said...

hihihi.....hihi....nanti kita gi sana ramai-ramai yek...hihi