Wednesday, February 29, 2012

UBAT CACING....



Salam all readers,
Penuh minggu ni entry saya pasal health. Saje buat entry mcam ni, sekurang-kurangnya dapat share all this info dengan anda semua.

Malam ni kita go to UBAT CACING. Kalau sebut isu ni, ramai teringat time kecil-kecil dulu kita selalu kena makan ubat cacing and ada juga ibu-ibu dahulu suruh anak mereka buang air besar di tempat lapang untuk tengok samada cacing keluar atau tidak, huhuhu sangat ngerikan?

Ubat cacing sangat sinonim dengan kanak-kanak, tapi kita terlupa cacing tu hidup dalam badan semua manusia.

Ubat cacing boleh diambil setiap 6 bulan. Ada dalam bentuk cecair ataupun tablet telan atau kunyah pelbagai perisa seperti coklat, strawberi, pisang dan buah-buahan..

Ubat cacing mengandungi Albendazole ataupun Mebendazole sebagai bahan utamanya. Kedua-dua jenis ubat cacing ini mampu menghapuskan Cacing Kerawit, Cambuk, Gelang, Kait, Pita, Trikinella & Cacing Benang. Albendazole bertindak menghalang penyerapan gula dan menyebabkan cacing-cacing tersebut kehilangan tenaga dan seterusnya mati.

Jangan ambil mudah dengan masalah kecacingan kerana kebanyakan kita mungkin beranggapan cacing hanya berada di dalam usus sahaja. Sebenarnya jangkitan cacing boleh berlaku di mana-mana bahagian badan - mata, hati, paru-paru, salur darah. Jangkitan juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit.

Sistem imun kanak-kanak yang tidak cukup kuat untuk melawan jangkitan cacing antara penyebab utama golongan ini mudah dijangkiti, tetapi jangkitan boleh berlaku pada golongan dewasa juga sekiranya kebersihan tidak diamalkan. Jangkitan cacing juga boleh diperolehi dari haiwan peliharaan anda seperti kucing atau anjing dengan hanya menyentuhnya (jangkitan melalui kulit).

Tanda-tanda kecacingan:-

* Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
* Alahan kulit yang teruk - bengkak atau ruam & gatal terutama pada waktu malam
* Gatal sekitar lubang najis (dubur)
* Alahan terhadap makanan
* Sakit perut - cirit-birit, kembung, sembelit
* Anemia - kurang darah (ada cacing yang menghisap darah)
* Keletihan luar biasa - lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
* Tiada selera makan, pucat,
* Kurang berat badan walaupun selera makan ada
* Mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night)
* Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata
* Hiperaktif
* Sakit kepala
* Sensitif terhadap cahaya
* Gusi & hidung berdarah
* Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)

Tidak semua jangkitan cacing itu merbahaya tetapi rawatan serta pencegahan awal harus dipertimbangkan demi kesihatan & kualiti hidup.

Cara-cara mengelak jangkitan cacing

* Amalkan kebersihan diri & rumah - cuci tangan sebelum & selepas makan
* Cuci tangan selepas keluar tandas
* Cuci tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan anda, periksa juga sekiranya ia dijangkiti
* Pakai kasut apabila keluar rumah
* Basuh sayur-sayuran & buah-buahan dengan teliti terutama yang dimakan mentah
* Masak ikan & daging dengan suhu yang sesuai
* Jumpa doktor sekiranya terdapat tanda-tanda kecacingan yang serius
* Makan ubat cacing mengikut jadual tetap (setiap 6 bulan)
* Sekiranya salah seorang ahli keluarga telah dijangkiti, semua ahli keluarga harus mengambil ubat cacing juga.

Cara pengambilan Albendazole atau Mebendazole

Kanak-kanak 2 tahun ke atas sehingga orang dewasa - 1 dos
Kanak-kanak 1-2 tahun - 1/2 dos

* Wanita mengandung & bayi bawah 1 tahun dilarang sama sekali dari mengambil apa jua jenis ubat cacing !

Almex 400mg Vanilla Flavor Chewable Tablet
(Albendazole 400mg)
RM5/tablet

Family package 5 tablets for RM20 only!

Ni adalah jenis-jenis cacing dan kesan sampingannya.

A) Cacing gelang
Usus tersumbat menyebabkan muntah-muntah, perut kembung dan tidak buang air besar. Keadaan ini kadangkala menyebabkan kanak-kanak itu muntah cacing dengan banyak. Komplikasi ini perlu dirawat dengan pembedahan untuk mengeluarkan cacing yang terlampau banyak yang menyekat perjalanan usus. Cacing gelang juga menyebabkan kekurangan vitamin A kerana gangguan penyerapan zat makanan di dalam usus kecil.

Penghijrahan cacing:
Larva cacing boleh pergi ke paru-paru dan menyebabkan simptom batuk serta lelah. Cacing yang berhijrah ke saluran hempedu dan pankreas boleh menyebabkan demam, jaundis (sakit kuning) dan sakit perut. Simptomnya boleh menyerupai gejala batu di dalam hempedu. Cacing boleh dikeluarkan dengan menggunakan kaedah endoskopi atau pembedahan.

B) Cacing cemeti
Masalah intussusception (usus tersumbat) menyebabkan muntah berwarna kuning, perut kembung dan berak berdarah dengan banyak. Cacing yang sangat banyak pada usus besar dan rektum (pangkal usus) boleh menyebabkan 'prolaps rectum' atau usus terkeluar dan cacing dapat dilihat pada permukaan usus itu.

C) Cacing kerawit
Cacing kerawit paling kerap menyebabkan kekurangan darah atau anemia kerana cacing ini boleh menghisap darah di dalam usus. Anemia boleh menjadi teruk dan mengganggu tumbesaran, pembelajaran seseorang kanak-kanak dan pada tahap lebih serius boleh menyebabkan kegagalan jantung

Bahayakan cacing ni, so dapatkan nasihat doktor untuk pengambilan ubat cacing ni. Perlu ingat tau, walaupun kita orang dewasa, kita masih lagi perlu mengambil ubat cacing untuk kesihatan kita.

13 comments:

Anonymous said...

Thanks Mimi...info yg berguna..tp ngeri pulak bila tengok gambar cacing tu..mcm cacing utk pancing ikan je ;)

nawarzara said...

haha..memang ngeri kan...tapi mungkin camtu kot cacing dalam perut kita agaknya..:)

Anonymous said...

Terima kasih =)

SHIM said...

sya kurus bab cacing ke hehehe :v

nawarzara said...

shim,

mungkin kot...hehehe...tp x pe, try je makan, skang ubat cacing dah x mcm dulu, if makan cacing x keluar sekor-sekor...so x lah ngeri sangat kan...:)

Anonymous said...

Saya nak tanya.kadang2 bila saya kencing afa cacing keluar..ni mslh serius ke

nawarzara said...

what??? kalau kencing keluar cacing tu, memang serius lah..masalah kat saluran pundi kencing,,better jumpa doktor cepat

Anonymous said...

Kalau makan ubat cacing..berapa lama ia berkesan ye..?

nawarzara said...

Anynomous, kesan dia cepat, 2 hari dah keluar habis dah....

Mohd Rizali Abdullah said...

Salam.kesan makan ubat cacing, akan keluar cacing mase buang air ke yek? Or ade cara lain?

lina aman said...

Bertol ker zantel nie klu mkn cacing hancur bersama najis?xkuar sekor2?

lina aman said...

Betol ker zantel nie cacing hancur bersama najis?xkuar sekor2?

Muhammad Harith Al-Hafiz said...

balik ni terus pergi pharmacy nak beli ubat cacing, dah 2tahun x makan.