Pages

Thursday, March 22, 2012

Dalam UMNO Pun ada Porak Peranda

Kasihan bila membaca tulisan dalam akhbar metro harini, tentang isu Shahrizat Jalil di desak oleh Timbalan beliau untuk melepaskan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno. Mana wawasan satu malaysia yang dipegang. Disaat ketua menghadapi kesusahan, orang yang sepatutnya diharapkan untuk menyokong dari belakang, seakan-akan mengalu-alukan pula kepergian beliau...

sila baca artikel ini


Kenyataan Kamilia bersifat peribadi


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, desakan supaya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno tidak perlu timbul.

“Beliau dipilih menjadi Ketua Wanita Umno, jadi kenapa perkara seperti ini perlu timbul?” katanya mengulas desakan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim supaya Shahrizat melepaskan jawatan itu ‘demi menjaga kredibiliti parti, pergerakan Wanita, Barisan Nasional dan kerajaan’.


Tengku Adnan menyifatkan kenyataan Kamilia itu sebagai bersifat peribadi.

“Sepatutnya tidak perlu kenyataan sedemikian kerana perkara itu dibincangkan sebelum ini iaitu Shahrizat terus menjadi Ketua Wanita hingga penggal akan datang,” katanya.


Menurutnya, desakan itu tidak menjejaskan apa-apa dalam Umno.


Mengulas sesi taklimat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Wanita Umno yang dijangka berlangsung di sini hari ini, beliau berkata, ia berkisar kepada gerak kerja dan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.


Menurutnya, isu desakan supaya Shahrizat berundur daripada mengetuai Wanita Umno tidak akan dibincangkan.


Pada 11 Mac lalu, Shahrizat mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh beliau memegang jawatan anggota Dewan Negara tamat pada 8 April ini, tetapi kekal sebagai Ketua Wanita Umno dan Barisan Nasional.

Isu peletakan jawatan Shahrizat timbul apabila suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail selaku pengerusi eksekutif National Feedlot Corporation didakwa menyalahguna peruntukan kerajaan RM250 juta untuk projek pengeluaran daging itu. Pada 12 Mac lalu, Mohamad Salleh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua tuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta berhubung pembelian dua unit kondominium serta dua tuduhan menyalahi Akta Syarikat.


Tengku Adnan berkata: “NFC tiada kaitan dengan Shahrizat dan Umno pula tiada kena mengena dengan NFC. Lagipun Shahrizat tidak dijatuhkan apa-apa hukuman.” - Bernama

No comments: