Pages

Monday, July 30, 2012

PIZZA ADIK AKU - Kejam Giler Kau Intan...










Salam..


Huhu, kejam giler my sis ni...buat pizza kat rumah, mentang-mentangla dia dah habis semester..so skang dia bersuka-sukaan kat rumah sambil buat food yang best-best...hurmmmm


sediy kan...tapi i still gak nak kongsi resepi budak kecik nii..geram tau.


Resipi Roti:

125gm tepung roti
160gm tepung biasa
200ml air suam
1 sudu teh yis (mauripan)
1/2 sudu teh madu
1 1/2 sudu teh minyak
3/4 sudu teh garam

langkah-langkah:
campurkan yis , garam dan air kacau. Masukkan campuran tadi dengan minyak dan madu digaul dengan campuran tepung sedikit demi sedikit. Uli atau putar sehingga adunan menjadi lembut dan tidak melekit. Sekiranya masih melekit ditangan uli dengan sedikit tepung sehingga mnjadi doh.Tutup doh dengan kain basah dan tinggalkan selama 1 jam. Doh ditekan dengan jari untuk hasilkan lubang pastikan lubang itu tidak tutup kembali menandakan doh telah bersedia. Kemudian masukkan dlm bekas acuan.


Topping:
Nenas
Daging kisar( boleh guna ayam atau daging)
Cendawan butang
Mozarella
Chedar
Sos spaghetti

Langkah-langkah:


Sapukan diatas roti dengan sos spaghetti ( prego bolognese) kemudian taburkan cheese mozarella dan lapiskan dengan daging kisar. Setelah itu aturkan hirisan nenas dan cendawan diatas daging kisar. Taburkan cheese chedar diatasnya . Bakar pizza pada suhu 240 darjah celsius selama 20 min. Siap !


Intan cayang, nanti i balik...tolong buat yerk...hihi:)

1 comment:

intan fatihah said...

hahahaha sape suh x balik...hehehe intan wat cupcake, taufu fah...nyum2