Pages

Thursday, August 2, 2012

Nasi Tumpang












Korang mesti tau nasi tumpang kan? nasi ni banyak kat area kelantan, kat KL pown ada...memang sedap...dia bungkus dalam daun pisang..dia buat macam balut tapai, cuma a bit panjang dr tapai la...ada nasi, kerisik n lauk-pauk,...nyum-nyum...

Nasi kena masuk time panas-panas supaya dia berhimpit cantik ngan lauk-pauk...:)



baca ni yerk...i ambek dari blog orang..



"Nasi yang dimasak agak lembik dan dibungkus bersama dengan lauk-pauk seperti ikan, udang, telur dadar dan sambal. Pada masa dahulu Nasi Tumpang ini disediakan sebagai bekalan kepada nelayan yang turun ke laut.


Dalam bungkusan daun pisang yang tersedia, Nasi Tumpang kelihatan seperti nasi impit tetapi beradun pelbagai lauk pauk yang disatukan. Nasi ini dimasukkan ke dalam kelongsong daun pisangketika panas selepas dimasak.
Di bahagian atas, hujung yang besar - diletakkan lauk pauk, ada sambal pedas, potongan ikan tongkol dan serunding ikan. Nasi Tumpang sedap dimakan pada waktu sarapan sepertimana kita makan Nasi Lemak. Seperti juga Nasi Lemak, Nasi Tumpang sesuai dimakan pada bila-bila masa."






No comments: