Pages

Thursday, August 2, 2012

10 Malam Terakhir Ramadhan



Salam.



10 Ramadhan terakhir tu, merupakan malam buruan semua umat islam, tapi jangan terkejut, ada antara rakan-rakan saya yang bukan beragama islam turut memperakui kelebihan bulan ramadhan.



Teringat masa zaman belajar dulu, sahabat saya ni, berbangsa baba dan nyonya. Tapi selalu ikut saya puasa sebab waktu ramdhan, dia x ada member nak makan..hehe, so secara x langsung dia pown terjebakla puasa.



Nak di jadikan cerita, 10 malam terakhir tu, dia selalu terbangun bila saya solat n baca yassin. Yang bestnya, bila saya berdoa, saya nampak dia pown sama tadah tangan juga. Lepastu saya tanya dia, apa yang dia doakan masa saya berdoa tu?


Dia cakap, kalau boleh dia nak sambung belajar kat new zealand, sebab tu cita-cita dia, mintak tuhan lorongkan rezeki dia..



Waktu 10 malam terakhir ni, kita sama-sama lipat gandakan amalan kita.


Kat sini saya nak kongsikan doa untuk semua pembaca yang selalu baca blog saya ni. Doa ni ialah untuk kepada wanita dan lelaki yang masih belum berkahwin.

Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ialah :

Menghidupkan malam dengan solat malam seperti tahajud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah.

Digalakkan juga supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah.

Ibu bapa wajar mengajak anak-anak yang sudah dewasa khususnya bersama berqiamullail dan jangan biarkan mereka lena.

Bagi suami isteri pula 10 malam terakhir tidak digalakkan untuk bersama kerana Nabi SAW diberitakan bahawa baginda mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana disibukkan dengan amal ibadah.

Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadan ini iaitu dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadat kepada Allah. Kata Imam Az-Zuhri: Maksudnya: “Suatu yang pelik bagi kaum muslimin mereka meninggalkan amalan iktikaf sedangkan Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak baginda tiba di Madinah (hijrah) hingga ia meninggal dunia”.

Dengan demikian, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, dan mempertingkatkan amal ibadah mudah-mudahan kita dipermudahkan oleh Allah SWT untuk melakukan amalan-amalan khususnya 10 malam terakhir ramadhan ini agar kita menjadi hamba Allah SWT yang bertuah di dunia dan di akhirat.

No comments: