Saya memang mengikuti perkembangan cerita tentang arwah dan terkejut dengan mahkamah. Saya mengadaikan paling kurang hukuman mungkin akan di ringan kan bukan dibebaskan begitu sahaja.
Cuba baca petikan akbar dibawah ini:
SHAH ALAM: “Saya minta maaf kepada keluarga Aminulrasyid (Amzah),” kata Koperal Jenain Subi selepas Mahkamah Tinggi di sini membebaskannya dari tuduhan menyebabkan kematian remaja 15 tahun itu, dalam satu kejadian tembakan di sini, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli membuat keputusan itu selepas menerima rayuan anggota polis itu, sekali gus mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen di sini, tahun lalu.
Jenain, 49, yang hadir memakai jaket dan berkopiah pada mulanya kelihatan tenang selepas Abdul Rahman membacakan keputusan, tetapi dilihat menangis apabila meninggalkan kamar Mahkamah Tinggi.
Sambil menahan sebak, anggota polis itu yang digantung tugas akibat kes itu berkata, dia melahirkan perasaan gembira dengan keputusan itu apabila keadilan berpihak kepadanya.
“Alhamdulillah, syukur. Kuasa Allah, terbukti saya tidak bersalah,” katanya yang turut ditemani keluarganya"

Memang pelik, kenapa perlu minta maaf jika tidak bersalah? dan menangis? For me, kalau x salah x perlu menangis sebegitu, cukup sekadar mengucap syukur kerana Allah dah membuktikan kita tidak salah, kecuali ada sesuatu yang berlaku sebenarnya.
Honest, mulanya saya rasakan amirulrashid yang bersalah, tetapi apabila sudah mengikuti kes ini dan membaca berita pada setiap perbicaraan, banyak fakta bercanggah, terutamanya, apabila pihak polis mengatakan mereka menembak tayar belakang kereta kerana arwah bertindak mengundurkan kereta untuk merempuh pihak polis. Tetapi yang peliknya, kenapa arwah mati akibat tembakan di belakang kepala?
Kemudian, ada parang dalam bonet kereta, tetapi saksi kejadian menafikan fakta itu. Apa yang sebenarnya berlaku. Saya bukan peguam, tetapi benda ni still something yang semua orang boleh fikir dengan akal waras, kenapa nak kena tembak orang tu if dia tidak mendatangkan kecederaan pada kita? ada ke amirul tu berbalas tembakan dengan polis????? betulke amirularsyad nak rempuh polis dengan mengundurkan kereta???? kalau panik selalunya orang akan tekan minyak dan pecut, bukan reverse...betul x???????????????????? Ape notif sebenar koperal itu lepaskan tembakan???? yang pelik koperal je kot....polis berpangkat rendah plak tu (bukan menghina, tapi pelik je).
Itukah etika pihak berkuasa yang dicanangkan telus dalam mentadbir jenayah? telus sangat??? pada saya, hukuman bukan sahaja berdasarkan kesalahan menembak mangsa dengan tiada motif, tetapi menggunakan senjata sesukahati tanpa alasan yang munasabah sedangkan tidak dalam waktu kecemasan atau keadaan yang boleh membahayakan beliau. Lainlah kalau arwah ada menggunakan senjata api dan menembak anggota polis tu.
Bagi saya sangat simple, kalau di dunia dia mungkin boleh terlepas atas kesalahan yang dia lakukan, tetapi hanya dia sahaja yang tahu samada dia benar-benar bersalah atau tidak. Di akhirat nanti, pasti dia tidak terlepas dari hukuman Allah. Bagi saya, hukuman dunia saya tak risau sangat, yang saya risau dan takut balasan di akhirat. Dosa sesama manusia hanya akan terhapus kalau kita dimaafkan oleh tuan punya badan.
Jika betul Amirulrashid bersalah, kita doakan arwah dicucuri rahmat. Tetapi jika dia benar-benar tidak bersalah, semoga Allah memberi pembalasan yang setimpal kepada pihak yang bertanggungjawap...
Emosi plak tiba-tiba...hahahaha geram sebenarnya..meh baca kisah-kisah amirulrashid ni...
Click sini:-
http://demokrasi93.blogspot.com/2010/04/cerita-berbeza-di-3-akhbar-kes-tembak.html
No comments:
Post a Comment