Pages

Sunday, December 2, 2012

Lambakan Music dan Drama Dari Luar

Salam semua. Lamanya saya tinggalkan blog ni....yang terdetik nak menaip balik pown lepas tengok komen bunkface tentang music luar negara yang makin menjadi-jadi kat malaysia ni.

Sorry if pandangan saya ni akan menyentuh hati mana-mana pihak yerk.
baca blog ni dulu:
 http://princessloveglamorous.blogspot.com/2012/12/bunkface-dan-anti-kpop-nya.html

Sebenarnya saya tak menyebelahi mana-mana pown, since saya dengar semua jenis music dan semua lagu dari mana-mana negara yang saya rasa sedap. Cuma jika di tanya adakah saya meminati K-POP? jawapannya  TIDAK. walaupun tidak meminati K-POP, tapi x la sampai membenci K-POP ni.

Tapi apa yang sam bunkface cakap tu, memang betul. Masyarakat kita memang sukakan fenomena, kadang-kadang jadi terlalu fanatik. X salah nak minat, tapi dahulukan music kita dulu. Dalam malaysia ni, ramai pemuzik yang bagus-bagus dan hebat. Kalau comparekan vokal mereka dengan K-POP ni, jauh sangat-sangat...antara langit dan bumi jauhnya..cuma yang hebatnya, mereka menari sambil menyanyi, di tambah dengan muka yang comel dan mata sepet. Kalau korean artist, yang saya betul-betul hargai vokal dia hanyalah RAIN.
Serious, cuba dengar kumpulan Hujan, Azlan and the typewriter, Aizat and band, Mizz Nina, Yuna, Najwa Mahiadin, Black, Hafiz, Shila amzah dan lain-lain. Mereka ni sangat hebat, memang berbakat. Cuma kita selalu terikut-ikut dengan fenomena semasa, sehingga menidakkan bakat yang ada depan mata kita ni.

Kalau Zed Zaidi risau dengan kebanjiran artist luar negara datang berlakon, bagi saya itu bukan isu yang sangat besar, since mereka datang berlakon dalam negara kita, sekurang-kurangnya nama malaysia akan dikenali juga. Ini kebanjiran muzik luar yang kadang-kadang menganggu perjalanan seni artist kita. Contoh paling senang, Justin Biebier, suara emmm alahai x seberapa, tapi still ramai orang pergi tengok walaupun tiket mahal ya amat. Tapi kalau artis kita, siap mintak diskaun walaupun tiket x sampai RM 50.

Paling best, kalau dulu senaman aerobik lagu poco-poco, tapi skang dah ada plak yang tukar jadi oppa gangnam style..haduiiiii makin jahananm rasanya...banyak lagi kot lagi laen kalau nak aerobik. Peminat K-POP ni ramai dari kalangan perempuan, memang lumrah perempuan sukakan sesuatu yang indah jer, lepas tu tergila-gila sampai penuh poster satu bilik...tu sebab perempuan ni senang dipergunakan. Contohnya, ramai sangat perempuan yang memang tangkap cintan habis kalau ada mat salleh or negro yang mengurat diorang, kira perasan taste international sangat...walaupun x jumpa, tapi sanggup bergolok bergadai bila dengar ayat manis diorang ni...sebab apa, sebab x percayakan lelaki melayu. sedangkan diorang x tahu, bangsa asing ni, kalau kita pergi negara diorang, Ya ampun...muka hensem giler, tapi homeless, beggar, lagi ramai yang miskin dari orang kita. Seriously, tryla round europe, memang senang nak jumpa orang-orang camni.
Tapi disebabkan kita ni cepat sangat terpedaya ngan muka comel dan hensem..tu yang jadi camtu...samalah cam music luar...cepat giler nak minat bila tengok rupa paras. Kalau dulu, kecoh pasal indon band, sampai pengsan-pengsan nak beli tiket nye pasal..

Banyak lagi kot artist malaysia yang best, contoh yang paling best Hafiz Hamidon, if korang dengar Zikir terapi dia, sure menangis dan rasa insaf sangat-sangat...memang tersetuh seluruh isi hati...tu baru tenang...

X salah kalau korang nak minat K-POP ke, Indon Band ke, hindustant ke, janji berpada-pada janganlah sampai menidakkan kelebihan music kita sendiri...saya pown ada juga artist luar yang saya minati, contohnya, jackie chan, anita mui, cecilia, takeshi kanishiro dan sebagainya, tapi still gak support music dan movie melayu...kecuali kalau filem melayu tu memang hampeh dan x ada standard, memang sa ya x tengoklah jawapnyer...


No comments: