Harini saje nak share resepi tiramisu versi cream cracker.
Saya kurang suka tiramisu yang guna biskut lady fingger tu, sebab rasa dia terlalu plain n rasa kopi akan jadi terlalu kuat. So saya pun ubah resepi tiramisu ni ikut citarasa saya sendiri.
bahan-bahan
cream cracker biscuit
250g cream cheese
200ml whipe cream
1/2 cawan gula kastor
1pkt nescafee 3in1(saya guna hazelnut oldtown)
cara-cara
Putar whipecream dengan gula kastor,
Masukkan creamcheese, putar sampai licin.
Dalam bekas lain, bancuh kopi 3in1 dengan air panas.
Rendam cream cracker sampai separuh lembut.
susun biskut tadi dlm bekas kaca. buat dalam 2 layer.
Kemudian, letakkan creamcheese tadi, layerkan sehingga menutupi biskut. taburkan serbuk koko. kemudian ulang merendam biskut dan kayerkan creamcheese. untuk bahagian paling atas, taburkan rata2 serbuk koko.
Tutup dengan aluminium foil, masukkan dalam peti sejuk. Bila dah sejuk boleh la potong-potong
Pandangan Atas
No comments:
Post a Comment