Pages

Monday, June 20, 2016

Teksi Vs Uber


Rasanya ramai yang familiar dengan uber, grabcar and teksi. Semua ni ada pros and conts. Sebenarnya teksi ni ok, dari dulu sebelum ada grabcar n uber ni, aku memang naik teksi je, Cuma yang menjadi masalah bila segelintir pemandu yang tak mengamalkan konsep “customer always right”. Segelintir ye, aku tak sebut semua or taka da langsung…segelintir, kena faham maksud aku tuh, kejap lagi ada yang inbox aku berlambak2 komen dr orang yang x faham Bahasa.
Aku dah hamper 10 tahun guna perkhidmatan teksi setiap hari, so aku dah boleh cam pemandu-pemandu yang bawak teksi tu, ada yang memang aku purposely avoid, sanggup aku tunggu teksi lain sebb nak elakkan dr naik teksi ‘segelintir’ mereka ni. Nak tahu kenapa? Sebb ada yang bawak teksi, macam bukan bawak teksi, tp bawak lori hantu or 4 wheel drive kat offroad. Memang gila-gila diorang drive, sampai nak accident pun ada, langgar semua bumper, if aku mengadung, memang boleh keguguran kot, ada yang pasang radio kuat-kuat sampai aku rasa jantung aku bergegar, tu belum keadaan teksi yang memang uzur n hukum campak ke yard je, bau badan yang bau peluh jantan hapak x payah cakaplah, memang kembang kempis hidung aku tahan nafas. Jangan kata aku x sound, tapi dah dasar tak faham Bahasa, dia buat bodoh je, lepas tu siap nak marah-marah. Yang mana yang bagus, aku memang terus naik, tak banyak cakap, layan penumpang macam manusia, senyum hormat, bawak dalam kelajuan yang di benarkan.
Aku ada satu citer pasal naik teksi nak cerita, banyak sebenarnya tapi yang ni paling win lah bagi aku. Last week aku naik teksi, pak cik ni memang aku try avoid, tapi di sebbkan haritu dia dah tukar teksi baru, so aku x cam sangat…bila naik, memang dia langgar semua bumper, bergegar segala lemak-lemak kat perut aku, hahhahahaha tapi bab paling aku rasa nak menyumpah dia cakap jadi driver teksi ni kena creative, tak boleh tunggu jalan betul2 clear baru jalan, kena pandai-pandai cilok sana sini. korang tau apa dia buat? Bila kereta depan nak keluar simpang, tapi kereta banyak, dia hon banyak2 kali, bila kereta tu still xkeluar, dia terus potong kanan, n jalan atas jalan yang berumput tu, bawak laju2, tetibe ada kereta kat depan time nak masuk lane kiri, memang sikit lagi nak accident tapi dia still cilok2 kiri kanan…ayat akhir dia camni “nil ah yang saya maksudkan kreatif, kena cilok sana sini, jangan jadi macam lembu, terhegeh2 bawak kereta”…aku rasa dia yang lembu kot, bawak teksi macam orang giler. Ni lah yang aku cakap, “segelintir” orang macam ni lah yang akan buatkan orang tak nak naik teksi  and beralih pada uber or grab car.
Uber and grab car ni konsep dia bagus, cash money less, Cuma guna credit card or debit card..so tak payah nak fikir cukup duit cash or tak. Requirement uber n grab car ni patut kena puji, kereta yang boleh jadi teksi x boleh lebih dari 8 tahun, means condition kereta tu tip top lah sebb diorang memang monitor maintenance driver ni, plus ada exam body odor if nak jadi driver. Once bila dah selesai guna perkhidmatan diorang ni, kita boleh bagi rate dekat all the driver, so company boleh evaluate performance driver ni. Bila ada system “customer feedback” ni, driver memang akan berdiscipline sebb diorang tau, tu adalah periuk nasi diorang, so kena jaga customer elok2.
Cuma setakat ni, dua2 perkhidmatan ni menggunakan personal car, so bab insurance tu bukan insurance kenderaan awam dan belumlagi berdaftar dengan SPAD, if anything happen mungkin akan ada kesulitan lah…
Kalau tanya aku, aku suka je dua-dua ni, teksi pun ok, uber and grab car pun ok. Cuma teksi ni kena lebih pemantauan, kena term and condition yang sama macam uber n grab car, check body odor driver n kereta tak lebih 8 tahun…so mungkin akan menarik lagi ramai orang untuk guna teksi.
 

2 comments:

Wak Lat said...

mukin pemandu teksi kene naik Uber atau Grabcar baru tau cara pemanduan berhemah dan professional dorg kot.,

salam ramadhan almubarak., cik nawar tuuh., baby yg tembamm ;p

nawarzara said...

salam ramadhan, yes memang kena suruh diorang buat macam tu