Pages

Wednesday, May 23, 2012

Norma telah Pergi Untuk Selamanya..Al-Fatihah

Kalau korang pernah baca entry pasal norma n talib, iaitu pesakit kanser otak tahap ke3, beliau telah pown kembali ke rahmatullah harini. Patutla rasa x sedap ati sangat-sangat...

baca la entry ni yerk. Kalau nak cerita sepenuhnya, korang boleh pergi ke Moon punyer blog, n baca cerita pasal norma n talib. Memang sedih, tapi itu bahagian masing-masing. Doakan untuk norma di tempatkan dikalangan orang yang solehah. Amin

DARI MOON PUNYER BLOG:-Norma telah pergi buat selamanya...
Assalamualaikum..

Untuk makluman semua yang mengikuti kisah Norma dan Talib.. Norma telah meninggal dunia pada pukul 1.00 pagi tadi dan jenazah dimandikan di hospital Serdang dan terus di bawa ke Pontian subuh tadi.. Sekarang Moon dan keluarga dalam perjalanan ke Pontian.. Mama (Ibu mertua Moon) dari Taiping juga dalam perjalanan ke Pontian.. Moon akan berada di Pontian sehingga malam ini selepas tahlil, Insya Allah..


Moon ucapkan terima kasih buat semua yang prihatin selama ini.. harap halalkan makan dan minum arwah dan sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Norma... terima kasih.

Saturday, May 19, 2012

Erkkk X Tawu Nak Jawap Ape....................

As-salam.

lamanya x update..adala dalam 3 minggu. Sibuk sangat-sangat....hurm, ni just nak share ngan korang sume la pasal satu topik yang saya sendiri x tahu nak jawap ape bila ada orang tanya soalan camni.

Begini Soalannya...!!!!!!!!!

"Salah ke kalau saya nak kahwin lagi, lepas suami saya meninggal. Memangla orang cakap kubur tu masih merah, tapi saya perlukan suami untuk tolong saya uruskan rumahtangga. Saya ada-anak2 yang ramai..saya x terdaya nak harung sorang-sorang..".

Erkkkkk...huh...susah nak jawap....jawapannya NO KOMEN...boleh ke jawap camtu? sure kena sumpah seranah bernakul-bakul kalau jawap camni.

Semalaman gak fikir pasal soalan ni..soalan ni sebenarnya saya dengar masa time gi dengar kuliah kat masjid aritu. Tapi time tu...ustaz tu terdiam lama giler, adala dalam 9 minit. Mungkin cari jawapan yang sesuai.

Yelah, kesian kot dengan janda muda yang ada 5 orang anak. Dia pula x bekerja sepenuh masa, cuma ambil upah jahit baju kat rumah je.

Tapi x nak cerita pasal jawapan ustaz tu, tapi just nak citer pendapat saya n kawan-kawan yang terlibat...hehe...

Bagi saya, salah atau tidak bukan persoalan. Cuma masyarakat kita terlalu sensitive untuk perkara-perkara mcamni, bahkan kadang-kadang mereka ambil bahagian dalam acara umpat mengumpat..sampai boleh jadi juara penyampai berita umpat-mengumpat terbaik.

Salah sangka terlalu banyak, kadang-kadang ada yang menuduh terlalu gelojoh kalau nak kahwen baru, sedangkan kubur suami masih merah lagi.Padahal mereka tidak tahu masalah yang di hadapi oleh mereka ini. Ada yang terputus bekalan makanan, susu dan tidak mampu membayar sewa rumah. Ketika ini, ada insan yang baek mahu membantu mereka dengan mengahwini mereka dengan tujuan meringankan beban. Yelah, kalau hari-hari lelaki datang ke rumah perempuan yang kematian suami, kemudian orang sekeliling pula akan memfitnah macam-macam. Jalan terbaik, berkahwin. Tapi masyarakat yang kononnya perihatin ini, mula menyebarkan berita terkini lagi sensasi.

Bagi saya, lihat pada keperluan. Jika berkahwin lagi itu, adalah pilihan terbaik, teruskan, jika lebih membawa kepada keburukan, lupakan seketika dahulu. Manusia berbeza-beza kekuatan. Ada yang mampu untuk mengharungi dugaan walaupun diletakkan cabaran setinggi gunung, tapi ada yang x mampu.

Pokok pangkalnya, tanya diri sendiri. Tak pelu nak sensetive dengan kata-kata sinis masyarakat yang sentiasa melihat pada kesalahan kita. Kawan yang tidak baik ini umpama dapur yang berjelaga. Tak banyak, sikit pun mesti ada jelaga yang terlekat pada baju kita. So, jauhkan lah dari manusia macam ni.

Percaya pada diri sendiri, dan tahu ape yang anda mahu lakukan. Dapatkan nasihat keluarga yang lain, kemudian buatlah keputusan.

Thursday, April 19, 2012

Lunch at Haji Shahrin Low Ampang
















PELIK or KELEBIHAN

Assalamualaikum...Lamanya x update blog, hehe...agak bizi sket sebenarnya, hurm today nak cerita pasal one of my "BESTEST" (jangan guna perkataan ni, salah disisi undang-undang bahasa inggeris hehe) friend...Dia ni sangat2 pelik. Anda semua pernah dengar orang cakap separuh inggeris separuh melayu kan? Tapi still x consistent, betul x?
Dia ni laen sikit, memang consistant. X semua benda dia cakap mcam tu, tapi tiap kali dia cakap mesti x pernah tersasul...so memang pelik dan ajaib. ok, korang try baca dialog dia yang selalu keluar kalau menyembang.

"Mak Miss, saya nak order ni, saya nak makan Nasi chicken satu, chicken goreng nak dada and letak egg goreng."
Air, macam usual, Teh Pull satu.

ni kalau translate kan la. "Mak cik, saya nak order ni, saya nak makan nasi ayam satu, ayam goreng nak dada dan letak telur goreng. Air macam biasa, teh tarik satu".

What do you think about this guy? Kalau rasa x pelik sangat meh sini.. baca lagi ayat kat bawah ni.

"Kita nak pergi mana? nak beli buku story lagi? kalau x ada duit boleh bayar pakai kad sentuh and go?

"Adui sick la kepala brain aku ni, semua sick"

"Hello bibik, kau dah masak rice belum? hari ni kau buat ikan fried, sambal crab and air aku nak minum lobak milk".

Kat atas ni baru separuh je dialog yang saya terpaksa ngadap kalau jumpa dia. bayangkan kalau dia cakap tanpa henti dan kitorang terpaksa dengar tanpa boleh miss sikit pun, kalau miss, sure x boleh faham....mula-mula dulu memang stress, tapi dah lama-lama tu dah tau dah...

korang tau kalau dia baca doa dalam bahasa melayu?

"Ya Allah ya My God, bless lah kami. elakkan we dari any of kemalangan dan poorness. Kau give us wealth dan kesihatan, supaya us can hidup in peacefull"..

huhu...pening nak pickup...dulu pernah tanya kenapa dia suka cakap camtu? dia bagitau dia bukan broken inggeris, tapi tu adalah salah satu cara nak ajar people berfikir dengan pantas. hehe...really work sebenarnya..

Saturday, April 14, 2012

Ustaz Azhar Idrus di Majalah Apo?

Assalamualaikum.

Semalam beli Majalah Apo? di NZ Magazine, then selak-selak terjumpa page yang sangat menarik! Uztaz Azhar Idrus dalam Majalah Apo? Ruang ni di kelola oleh kartunis Pandan. So all readers, please give support to this magazine yek!

Ni Iklan dia.

PILIHANRAYA - AKU SOKONG SIAPA?

Assalamualaikum.
Hurm, dah nak tiba musim pilihanraya ni memang macam-macam bendera yang saya lihat tergantung di sana sini.

Teringat masa balik terengganu, tengah paya pun orang pacak bendera gak, dalam sungai, senang cerita kat mana-mana pun ada bendera.

Semalam, masa lepas balik kerja sembang-sembang dengan member kejap pasal politik. Terkeluarlah pasal pilihanraya, dan soalan yang memang wajib ditanya, Saya sokong siapa?.

Hehe, gelak je lah, Undi kan rahsia, mana boleh beritahu kita undi siapa, betul tak?

Hurm, tapi saya akan undi insan atau individu atau parti yang jelas perjuangannya, bukan untuk tujuan kebaikan sebelah pihak sahaja. Yang akan saya undi adalah pemimpin yang mahir tentang dunia dan akhirat bukan individu yang hanya di kaca television pandai berkata-kata tentang islam, tentang perjuangan, tentang jihad ke jalan Allah, tapi di belakang tabir masih memegang botol arak sebagai santapan harian.

Yang saya sokong adalah yang "Berjiwa Rakyat", bukan dalam ertikata turun ke kampung mengadakan keramaian bersama rakyat, makan bersama rakyat, menjengok ke kampung-kampung, dan sebagainya, tetapi yang dicari ialah yang sanggup menolak segala kemewahan untuk diri sendiri dan mendahulukan rakyat. Menjenguk kekampung-kampung, bersarapan bersama rakyat, makan makanan yang rakyat makan bukan pada masa-masa tertentu atau masa nak berkempen sahaja.

Yang saya akan sokong juga adalah yang mampu menjadi imam kepada sekalian rakyat, yang boleh menjadi Khalifah yang bertangungjawap kepada bangsa, agama dan negara. Seorang Khalifah yang mengguruskan duit rakyat secara betul dan tidak menyeleweng malah meningkatkan taraf ekonomi semua rakyat.

Banyak lagi ciri-ciri siapakah yang akan saya undi, tapi cukuplah sikit ni yek. Anda dapat agak siapa yang akan saya sokong? Tepuk dahi tanya lah akal anda...

Undi tu kan rahsia, so mana boleh dan open dekat sini..betul x?

Monday, April 9, 2012

Saya Dan Masakan Pertama Yang Di Masak!

Assalamualaikum semua.

Saya ni memang suka mencoret apa sahaja yang saya fikirkan boleh dikongsi bersama-sama pembaca.

Kali ni just nak share tentang menu masakan yang saya masak kali ketama (kali pertama).
Benda ni jadi pun masa nenek saya pergi haji, so tinggallah atuk saya kat rumah sorang-sorang. Masa tu saya sekolah asrama, then time cuti kena balik kampung sebab tolong sepupu n mak cik saya jaga atuk. Atuk saya ni kuat lagi, tapi biasalah bekas askar, suka perintah orang...hehe...sorry atok...terkutuk plak. Hehe, macam biasalah kalau nak makan mesti lauk panas-panas. Time tu hujan lebat, tak boleh nak bungkus makanan kat pasar malam, so kenalah saya masak. Mak cik saya dah pergi kerja shift malam, so tak sempat nak siapkan lauk untuk atok saya ni.

Maka di sebabkan itu, sayalah master chef malam tu...muahahahahaha! Erk kejam giler gelak tu kan. Saya masa tu baru je tingkatan satu tak silap saya tahun 1995. Masak telur kicap taulah, ni nak masak untuk orang veteran yang selera macam selera Sultan Mahmud Mangkat Di Julang, boleh ke? Satu-satunya lauk yang saya ingat time tu, asam pindang bendi dengan telur. Tau tak asam pindang tu ape? Ala masak asam yang pakai kunyit tu, warna kuning sikit tu. So saya cuba ingat-ingat balik apa bahan-bahan yang nenek saya pakai. Saya start potong bawang merah, kunyit hidup..lepas tu tumbuk kunyit n bawang sampai lumat. Lepas tu masukkan dalam periuk, belah cili besar, masukkan air and air asam jawa sikit, lepas tu masuk bendi plak. Nampak macam dah jadi kan, tapi yang mengantoikan keadaan adalah GARAM!!!!!!!!!!!!

Time tu tak tau nak beza mana satu garam dan Pak Ajinomotor suzuki!!!!!
Sepatutnya taruk garam, tapi yang saya taruk Ajinomoto. Sampai habis setengah botol baru ada rasa masin n rasa sedap sangat-sangat...hihi..mau x sedap, setengah botol bahan perasa...hihi...

Time nak makan, atok tengok je lauk tu, sempat gak suruh saya goreng telur letak bawang. Mula-mula tu dia takut gak nak makan, try hirup kuah je sikit-sikit sambil jeling-jeling tengok saya. Saya plak senyum simpul kat tepi meja, kira bangga giler dapat hidangkan makanan untuk atok.

Terkojut den, habis 2 pinggan atok makan, siap hirup sampai habis kuah tu..dia cakap sedap betul kuah tu. Hihihii...

Tapi yang x bestnya lepas je atok makan dia cakap kepala dia pening-pening, tapi dia x cakaplah sebab makan kuah tu. Kebetulan time tu hujan, so dia pun beranggapan dia pening sebab kena hujan...

Agaknya penangan ajinomotor tu yang buat atok pening kan....

----------------Tamat--------------------