Pages

Tuesday, January 22, 2013

Lelaki Terlalu Memilih Calon Isteri, sedangkan......

Hurm, kita selalu sangat dengar rungutan tentang kaum adam yang rata-ratanya membebel tentang betapa susahnya mencari calon isteri, apa yang mereka tahu, luahkan rasa tidak puas hati tentang rumahtangga kepada kawan-kawan, bercerita tentang isteri yang gagal melaksanakan tugas sebagai isteri, gagal melayan mereka dah banyak lagilah komen mereka....

Huh, hebat betul komen mereka ni, sampai ada yang sesuka hati meletakkan label NUSYUZ kepada isteri mereka. Kemudian mereka mengutuk sehebat-hebatnya perlakuan isteri, yang mereka tahun isteri itu perlu patuh setiap arahan mereka.

Bagi saya, JIKA DIRI TIDAK SEBAIK SAIDINA ALI, JANGAN SESEKALI IMPIKAN WANITA SEBAIK SAIDATINA FATIMAH.

Ramai lelaki merungut, terpaksa membayar hantaran mahal, tapi dapat isteri yang pandai bersolek tapi x pandai masak, dapat isteri yang x pandai melayan mereka, kasar, suka membebel dan macam-macam lagi.

Wahai sekalian lelaki yang bergelar suami yang hanya tahu membebel dan merungut, cermin diri anda dahulu, kenapa Allah kurniakan pasangan sebegitu kepada anda, sesungguhnya, WANITA YANG BAIK ADALAH UNTUK LELAKI YANG BAIK.

Dan ada perlu ingat, kejadian asal WANITA ITU, MEMANG BENGKOK, DAN SEBAGAI SUAMI ANDA PERLU MELURUSKAN SIFAT PEREMPUAM ITU DENGAN MENDIDIK MEREKE, BUKAN MENGKRITIK. Tapi jika anda telah berusaha segalanya, isteri anda masih di takuk lama, itu lain cerita lah plak kan...

Ni tak, diri sendiri pown bengkok, ada hati nak cakap isteri bukan-bukan. Lihat diri sendiri dahulu, adakah anda suami macam kat bawah ni?

1)   Solat setiap kali masuk waktu
2)   Nasihat isteri tanpa memarahi atau meninggikan suara
3)   Tidak mengabaikan nafkah zahir dan batin
4)   Mahir hukum hakam dan perihal dunia akhirat
5)   Mengamalkan muhasabah diri jika berlaku pertengkaran antara suami dan isteri
6)   Menghormati hak-hak isteri
7)   Mengimamkan solat setiap kali berjemaah
8)   Memberi tazkirah kepada isteri pada waktu-waktu tertentu selepas solat jemaah
9)   Membawa isteri ke majlis-majlis ilmu
10) Berbuat baik kepada ahli keluarga isteri dan mertua
11) Sentiasa tenang ketika menghadapi musibah
12) Tidak memalukan isteri didepan anak-anak
13) Membantu isteri ketika isteri sibuk menguruskan rumahtangga
14) Pandai membaca Al-Quran dan sentiasa mengajak isteri membaca Al-Quran

Kalau anda semua x ada kriteria kat atas, sila jangan suka-suka untuk demand. Pandai mahukan isteri yang membahagiakan suami, tapi pada pihak isteri adakah anda suami yang membahagiakan mereka? Adakah anda membantu isteri ketika isteri sedang sibuk menguruskan rumahtangga. Yang anda tahu, isetri perlu melakukan segala-gala yang berkaitan dengan rumahtangga, kerana tugas anda mencari rezeki...phewwww melampau gile...SILA JANGAN KAHWIN KALAU MAHU MACAM TU, SILA MEMBUJANG LAPOK SAMPAI KE TUA.


Mari baca artikel tentang seorang lelaki yang kita sendiri x tahu macamaner dia sebenarnya...terlalu banyak menyalahkan isteri, tanpa melihat diri mereka sendiri...