Pages

Sunday, June 16, 2013

Bijak atau Pandai, Mana Satu Yang Paling Penting

Assalamualaikum.

Kini, ramai ibu bapa yang mementingkan aspek pendidikan yang berkesan kepada anak-anak. Seawal usia anak-anak 4 tahun, mereka telah dihantar ke sekolah untuk process pembelajaran, dan adakalanya ada dikalangan anak-anak akan memberontak. Ketika mereka masih kecil, mereka dikerah oleh ibu bapa untuk membawa pulang kecemerlangan, dan jika mereka tidak cemerlang, maka mereka akan dihukum.

Teringat ketika zaman saya kanak-kanak. Saya hanya bersekolah tadika ketika umur saya 6 tahun. Dan perkara pertama yang diajar oleh guru ialah ABC, 123, Perkataan, mengenal objek, tetapi kelas dijalankan secara santai. Ketika itu, tiada aktiviti pembelajaran yang begitu serius sehingga menyebabkan saya tertekan. Ibu dan ayah memang memantau pembelajaran saya, tetapi tiada kata-kata keras supaya saya perlu mendapat nombor satu ketika ujian.

Tetapi berbeza pada zaman kini, ibu dan ayah berlumba-lumba memastikan anak-anak mereka cemerlang dan mendapat A untuk semua matapelajaran. Bagi mereka, A itu adalah lambang mereka berjaya dan tiket untuk mendapatkan kejayaan hidup pada masa akan datang.
Tetapi mereka sebenarnya silap, berapa ramai anak-anak yang mendapat straight A itu berjaya dunia dan akhirat? Ya, memang mereka berjaya pada masa kini, tetapi apa akan terjadi pada 10 tahun akan datang.

Antara bijak dan pandai, perlulah seiring. Pandai adalah golongan yang cemerlang di dalam pelajaran, tetapi bijak pula adalah golongan yang mampu mencorakkan kehidupan dengan cara mereka sendiri. Ramai golongan yang bijak ini asalnya bukannya golongan yang pandai didalam bidang akademik, tetapi mereka bijak merencanakan kehidupan mereka sendiri sehingga ada yang mempunyai perniagaan yang gah.

Ramai golongan yang pandai, tetapi akhirnya kecundang didalam kehidupan mereka sendiri. Ini adalah kerana mereka gagal meletakkan rasional didalam diri mereka sehingga mereka terpesong dr landasan sebenar.

Berapa ramai pelajar genius yang terjebak ke kancah tidak bermoral? Saya tidak mahu menyebut siapakah mereka, kerana ini akan mengaibkan mereka. Apa yang saya tuliskan ini adalah panduan kepada ibu bapa supaya mereka tidak meletakkan aspek kecemerlangan akademik semata-mata tanpa melihat aspek lain yang lebih penting.





1 comment:

Zizie said...

Ramai yang pandai pada teori, tapi x faham pun apa yang diajar. Buktinya jika di biarkan mereka berdikari, mereka tidak akan mampu bertahan lama.