Pages

Tuesday, September 17, 2013

Alahai Anak Emak

Korang mesti suka bab ni kan, sebab ramai nak tahu apa impact kalau kahwin dengan anak emak. Tak kisah lah anak emak tu, lelaki or perempuan.
Okey, meh kita kupas negative and positif side…
Kalau dari sudut positif, memang banyak manfaat n kebaikan yang kita pown turut akan dapat kalau kita berkahwin dengan anak emak ni. Lagi-lagi kalau anak emak tu adalah pihak lelaki. Dah kata anak emak, of course diorang ni anak manja, selalu diberi perhatian so, secara tak langsung, korang pown akan turut diberi layanan istimewa, paling best, kadang-kadang korang akan rasa yang korang lebih rapat dengan family mertua dari family sendiri. Seriously, mak mertua korang akan selalu call korang and tanya khabar, if korang sakit or dalam kesusahan.
Paling utama, mertua korang akan jadi tempat untuk berlindung if terjadi pape perkara dalam rumahtangga korang, kira dapat back up yang cukup bagus. Yelah, kadang-kadang dalam rumahtangga aka nada dugaan, so selain family sendiri, kita ada family mertua untuk kita bincang masalah dengan mereka, dan selalunya mereka akan turut mencari jalan untuk tolong kita.
Lebih indah bila kita lahirkan zuriat, and diorang pown turut beri perhatian dan kasih sayang kat anak kita tu.
Tapi guys, tak semua yang kahwin dengan anak emak tu bertuah, ada gak yang suffer seumur hidup diorang.
Ni side kelemahan kawin ngan anak emak plak. Korang mungkin akan jadi mangsa cemburu mak mertua sebab korang di anggap sebagai perampas. Yelah, anak emak, berkepit bawah ketiak je, so bila korang kahwin ngan anak dia, diorang rasa kasih sayang terbelah dua, so korang yang akan jadi mangsa.
Paling x best, nanti akan ada persaingan yang tak sihat, sebagai contoh, bila korang masak untuk husband korang, tetiba mak mertua korang kondem masakan korang, and cakap anak dia x biasa makan masakan camtu…
Lepas tu husband korang lak, for sure akan menangkan mak dia…perghhh sentap kan? hehehe, menariknya lagi, kalau husband korang buat silap, mak mertua akan salahkan korang, dia tetap akan cakap anak dia baik dari segi segala-galanya walhal korang yang tido sebantal ni yang tahu camaner perangai husband korang tu. Kiranya antara korang dan mak mertua, mak mertua lagi memahami perasaan n hati budi husband korang tu..tak semena-mena hak korang dinafikan. Memang lah mak mertua korang yang lahirkan husband korang, akan naluri ibu memang tahu perangai anak mereka, tapi mak mertua korang lupa yang dia x tido sebantal n seselimut ngan husband korang tu, so dia tak tahu yang tersirat..yang dia tahu isi tersurat je…..
Sadisnya lagi, jika korang still gagal nak lahirkan zuriat untuk anak emak ni. Korang dah pergi check doctor, semua normal tapi korang tetap dituduh sebagai mandul sedangkan rezeki yang belum menyebelahi…tup-tup mak mertua korang suruh husband korang kahwin dengan perempuan lain sebab nakkan zuriat…haru kan?

Kalau korang baca, of course korang ngeri nk kahwin dengan anak emak ni, tapi jangan lah prejudis sangat, kalau ikut nisbah nya 50:50…equal yang bahagia n x bahagia..so pandai-pandai lah korang teropong perangai mak mertua korang sebelum buat keputusan nak kahwin….

Tapi kalau nak dikira seronok, memang lagi banyak seronok if kahwin dengan anak emak ni…Cuma mungkin ada yang x bernasib baik, maka dapat mak mertua yang akan layan korang macam ni…so sabar je lah kan…..

Wednesday, September 4, 2013

Lebih Baik Mengadu Pada Allah

Di kala hati kita sedang 
dalam kesusahan,
Kadang-kadang
kita perlukan teman nak luahkan
Perasaan. Kadang-kadang kita lupa, 
mereka juga makhluk Allah,
Yang ada masalah sendiri juga, 
sampai kadang-kadang,
tanpa disedari, mereka akan menceritakan apa yang
kita sampaikan tu pada orang lain.

Ya, kita yang bersalah, 
bersalah kerana meluahkan 
perasaan sesame mahkluk Allah,
Bukan tak boleh, tapi berpada-pada. 
Usah menaruh kepercayaan keterlaluan, 
akhirnya nanti diri kita dipersalahkan, 
sedangkan kita bercerita 
sekadar mengadu nasib, 
tak lebih dari itu. Tetapi kita lupa 
sifat manusia suka menyiasat 
dan suka kepada sesuatu 
yang berbaur hangat dan gossip,
maka secara tak sengaja, 
habis cerita yang kita 
sampaikan itu tersebar.

Ya, bukan salah mereka, 
sekali lagi ia adalah salah kita. 
Sepatutnya kita mengadu pada Allah. 
Pencipta yang tak pernah ada 
syak wasangka pada kita, 
pencipta yang tahu 
sebenar-benarnya situasi diri kita. 
Pencipta yang tak pernah prejudis 
kepada kita, yang sentiasa 
mengampunkan kita.
Pencipta yang maha mengetahui 
dan tidak pernah menyalahkan kita. 

Tapi kita lebih suka mengadu 
sesame mahkluk…
sedangkan kita lupa 
yang kita sentiasa ada Dia….


Usah salahkan mereka, 
sebaliknya berdoa agar 
dibukakan hati mereka 
supaya lebih jernih dan ikhlas….
usah di ukur sifat mereka 
berdasarkan putihnya kain telekung mereka, 
kerapnya mereka bersolat, 
kerapnya pancaindera mereka 
dibasahi wuduk, 
semua itu bukan kayu pengukur 
kepada kebersihan hati, 
jiwa dan ikhlasnya mereka….

Monday, August 26, 2013

Mertua VS Menantu

Salam...
Buka je yahoo page, terus keluar cerita rita rudaini dengan aidil pemain bola sepak...

Rasanya sepanjang diorang kahwin, dr dulu asyik dengar benda yang sama. Pasal mertua dan ipar duai x restu, macam-macamlah. Saya pernah terserempak dengan aidil masa rita lahirkan anak kedua diorang. Seriyesly masa tu nampak aidil tengah dukung anak sulong diorang kat kedai mamak, maid pown ada gak. Time tu bahagia je nampak....x nampak lak macam berantakan...tp tak lama pastu, rita nak kena cerai lagi...perghhh pelik..

Entahlah.... Kadang-kadang sesetengah gelora rumahtangga bukan berpunca dari pasangan tu sendiri, tapi berlaku akibat campur tangan mertua dan ipar duai. Memang x dinafikan bila campur tangan macamni, memang akan musnahkan rumahtangga dengan sekelip mata, bila dapat suami yang melulu percaya apa yang mertua dan ipar duai anda katakan. Paling sakit bila dapat mertua yang suka mengadu macam-macam tentang perangai menantu yang tidak disukai. Suami pula sudah tentu diluah mati mak, ditelan mati bapak kan??? Tu sebab bila pergi rumah mertua, anda kena ikut sekali...so peluang untuk diorang racun fikiran suami anda tu terbatas.

Kalau nak di ikutkan kalau laki bini bergaduh, masuk bilik kejap je boleh baik kalau x ada campur tangan pihak luar...yang jadi teruk bila ada campur tangan. Saya cuma agak inilah yang terjadi dalam hubungan rita, suami dan mertua. Mungkin mertuanya x seburuk yang disangka, tapi bila ada yang mengadu, melaga-lagakan mereka, terus semuanya berantakan. Sepatutnya mertua ni adalah tempat kepada menantu untuk mencari perlindunga dan pembelaan. Tapi kalau mertua pwon x suka dengan menantu, memang susah lah jadinya. Kenapa perlu mertua x restu perkahwinan anak-menantu mereka? dah jodoh, kenalah terima. Kalau kita nak cakap menantu kita tu jahat, fikirkan balik, adakah anak kita tu baik sangat sampai kita nak simpan diorang dalam peti besi. Berdosa sebagai mertua yang menjadi pelindung, kita sendiri merosakkan rumahtangga mereka.

Scary bila tengok menda macamni, x boleh bayang kalau perkara macamni jadi kat diri sendiri...mau berkilo-kilo air mata dalam tempayan...Alhamdulillah saya panjatkan sebab bertuah dapat mertua yang sporting..Amin

Cetek Ilmu - Marah Apabila Ditegur & Teguran Yang Tak Kena Tempat dan Bahasa

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Salam semua, alhamdulillah dipanjangkan umur untuk berblogging lagi...:)

Umum mengetahui, sebagai manusia biasa kadang kala kita marah bila ditegur atau dicuit sedikit, sedangkan teguran itu untuk kebaikan kita.
Rata-rata apabila menerima teguran, mereka akan membidas dan memaki hamun kembali orang yang menegur, sementelahan itu, yang menegur pown agak biadap, sesuka hati melabelkan orang yang ingin di tegur sebagai "bitch, x ada agama dan macam-macam lagi. Yang dah buat salah tu, memang bersalah..tapi yang menegur tu pown...alahai....cetek sangat pemikiran sampai memalukan mereka yang nak ditegur.

Baru-baru ni, seakan jadi trend bila artis bercuti kemudian upload gambar dalam facebook, instagram, dan terdapat gambar yang kurang sopan dan manis untuk tontonan umum. Maka berduyun-duyunlah peminat perihatin menegur dengan bahasa kasar, biadap, melulu melabelkan mereka sebagai bitch sambil diselang selikan dengan hadis dan petikan ayat Al-Quran. Kemudian, apabila artis ini membaca komen, mulalah rasa panas hati, kemudian menyumpah seranah yang tukang komen....

Emmm alahai.....Walhal sudah diketahui, aksi-aksi atau pakaian yang menjolok mata usahlah dipamerkan di laman sosial anda, walaupun itu hak anda...tapi sebagai wanita jagalah batasan, kalau nak pakai pon, x perlu diwar-warkan dalam laman sosial. Begitu juga dengan yang prihatin menegur, kalau ikhlas nak menegur, silalah beri teguran mengikut saluran yang betul dan berkhemah, bukan dengan memaki or menghentam mereka dengan kata-kata kesat di laman sosial mereka. Ye, memang mereka telah melakukan kesalahan, tapi x salah kalau kita menegur dengan cara paling halus supaya tidak memalukan mereka. Sekeras-keras mereka pown, mereka tetap manusia yang akan kalah pada kelembutan...so private message mereka, then tegur dengan kata-kata yang ikhlas...

Kalau anda pown sama keluarkan bahasa kasar, jatuhkan airmuka mereka...maka anda pown tergolong dalam manusia yang cetek ilmu. Memang sebagai wanita kita rasa sakit hati bila kaum kita sendiri seolah-olah menayang lurah dendam yang ada sampai terjojol biji mata kita menengok, silap-silap menitik-nitik air liur kan????
Kadang-kadang mereka ni terlupa, akibat terlalu menonjolkan imej seksi, amat berbahaya. Ramai stalker yang mencari mangsa melalui laman sosial ni, kadang-kadang gambar tu sahaja dah cukup membuatkan mereka ni menjadi rakus...sebelum terjadi apa-apa, baiklah buang sahaja gambar tu....

Menjadi wanita ni bukan mudah seperti disangkakan, banyak yang perlu dijaga dan dikawal...x manis bila tengok anak dara bersidai sampai tengah malam dengan kawan-kawan lelaki di kedai mamak...memang x buat apa-apa, tapi fikirkan tentang keselamatan diri anda. Kalau lelaki pown boleh jadi mangsa cabul golongan gay...inikan pula kaum wanita yang penuh dengan lekuk-lekuk yang menghairahkan...

Korang tau x, perogol ni, dia x kisah kalau wanita tu gemok gedempol ke, jerawat batu penuh satu muka ke, selulit berkilo-kilo je, janji wanita...diorang sapu bersih je, sebab bila dah dikuasai nafsu, diorang dah x nampak benda ni semua..nafsu dah macam binatang...semua dia sebat...

So, ada sebab kenapa elakkan menayang gambar seksi, bersidai-sidaian diluar sampai lewat malam...semuanya atas sebab keselamatan....


Monday, July 22, 2013

menu berbuka

  lampam jawa lemak cili padi, selar goreng berempah, sambal         belacan mangga n pucuk ubi celur
puyuh goreng berlada, sardin roll, sambal belacan mangga, ikan sardin goreng n cili kicap


                                                              kuih keria keledek, x campor tepung langsung

ni antara juadah buka posa minggu lepas. tp x ingat hari apa, semua home, tarak beli pun....rupa paras memang x menarik, tp rasa sedap jerk...hihi..

Wednesday, July 17, 2013

Aku dan Sanita

Time-time boring cenggini, aku tetiba teringat time aku kecik-kecik dulu. Aku ni x degil, menurut perintah mak n abah aku, pendek kata akulah pembodek kat rumah tuh, hahahahaha, tapi aku ni jenis yang tak puas hati kalau mak n abah aku x bagi aku penjelasan yang boleh puaskan hati aku ni.

Korang tahu SANITA tu apa? Ha, masa kecik-kecik dulu, menda tu pemes di kalangan ibu n kakak-kakak yang dah besar, mak aku plak salu je suruh aku gi beli menda tu tetiap bulan. Sanita ni kotak warna kuning ada bunga kecik-kecik warna kuning gak, tp yang peliknya, tiap kali mak aku suh aku beli, mesti pak cik kedai tu bungkus dalam kertas surat khabar. Dah dasar budak becok, aku memang akan Tanya lah kenapa. Lepas tu, pak cik tu cakap “nanti ko dah besor nanti, taulah kenapa”..

Sepanjang aku naek basikal nak balik rumah, jenuh aku fikir, kenapa nak tunggu besar baru tahu ape manatang sanita tuh…Sampai je rumah, terus aku bagi kat mak aku, pastu mak aku cepat-cepat gi jamban. Eh, apehal plak bawak sanita dalam jamban, sanita tu untuk apa?
Aku pown tunggu mak aku depan pintu bilik air, kalau ikut hati, boleh je aku tinjau mak aku tengah buat apa, tp kalau kantoi, x pasal-pasal kena pelempang sedas dua…bila mak aku keluar je dari bilik air tu, cecepat aku Tanya..”mak, ape benda sanita tu? Kenapa mak bawak dalam bilik air? Pastu mak aku jawap camni “Owh, sanita tu tuala wanita”. Aik, ape pasal x pakai tuala biasa je, berlambak tuala, pastu nak gak pakai tuala lain…aku time tu memang pelik, tp bila aku nak Tanya balik, mak aku mcam malas nak jawap, so aku pown senyap jelah. Petang tu, aku curik-curik tengok apa benda sanita tuh, bentuk dia panjang, warna putih, lembut n wangi je bau dia…hahahahahaha. Tetiba aku pown rasa mcm faham nape mak aku cakap tu tuala…patutla kecik je, mungkin mak aku gunakan untuk lap muka lepas make up…so aku pown try la basahkan air pastu lap kat muka…wah, memang gilang aku nyer daki-daki….barulah aku paham apakah sanita tuh…

Macam biasalah, aku ni jenis kreatip, so, kebetulan abang aku demam panas, mak aku plak masa tu x ada kat umah, dia gi kelas meraban eh, marhaban, so aku lah kena jaga abang aku tuh. Si gemuk tu kalau demam mengada-ngada, rasa aku nak bagi dia makan ubat tido je suh senyap…abang aku time demam jenis akan merah badan n muka , pastu aku salu nampak mak aku letak kain basah atas dahi dia…aku cariklah kain, tak jumpa..tetiba aku teringat sanita tuh, so aku pown basahkan sanita n letakkan kat atas dahi abang aku….giler nyenyak si gemuk tuh tido….hahahaha kalau time skang ni, ada cool fever…senang cikit. Bangga giler aku dapat selesaikan masalah demam abang aku tuh.

Bila mak aku balik je, dia terus gi tengok abang aku, pastu mak aku terkejut giler tengok ada sanita tu atas kepala. Mak aku terus tanya abang aku sape letak, abang aku pown cakap lah aku yang letak. Terus mak aku piat telinga aku….”ni sape letak sanita atas kepala along ni”, “adik lah letak, dah mak cakap tu tuala, adik basahkan jelah, pastu letak kat kepala along”…
Mak aku time tu x leh nak cakap ape dah, terus buang sanita tu, and warning kat aku supaya x gatai-gatai ambik sanita dia….ah, aku pedulik apa, kata hati batu…hahahahaha
Esok tu, masa time balik sekolah, cikgu ada bagi homework, suh buat penanda buku. Tetiba aku teringat kotak sanita mak aku, cantik gak kalau guna kotak tu wat penanda buku kan????
Aku pown cakaplah kat mak aku.
“mak, nak kotak sanita”.
“nak buat apa”.
“nak buat penanda buku”
“Tak payah, nanti semua orang gelak, carik kotak lain”.
Ish pesal nak gelak plak, cantik ape kotak tu….Aku ni memang hati batu, selamba je aku ambek kotak sanita lama-lama mak aku tuh, aku gunting cantik-cantik wat penanda buka…puas hati.
Esok gi sekolah, semua budak kerumun aku..”Eh, cantiklah ko nyer penanda buku, mak aku pown ada kotak ni, tapi dia x bagi aku potong”.

Bangga aku kejap…masa cikgu pendidikan seni tu masuk, dia suruh keluarkan penanda buku memasing, bila kena turn aku, cepat-cepat dia sorokkan and cakap camni..
“lainkali jangan guna kotak sanita mak awak, malu kat orang lelaki kalau nampak”…

Senak sekejap kepala aku dok fikir nape plak kena malu….hihih yelah aku darjah satu kot time tu, mana aku faham….bila aku dah darjah 6, baru aku betul-betul faham ape kebendanya sanita tuh….cesss ape lah salahnya mak aku explain betul-betul…ni x, wat malu aku je kannnnn????????????

Monday, July 15, 2013

Perempuan lagi ramai OKU dari lelaki

Kenapa aku cakap camni ek? Seriyes, cuba korang naek train, pastu korang tengok if ada perempuan mengandung, pastu terboyot-boyot tahan perut sebab ngilu bila terhoyong haying dalam train, pastu pompuan yang duduk depan korang leh lak curik-curik tengok pastu wat pejam mata macam x nampak korang. Sikit pown x bagi pompuan mengadung tu duduk, tetiba ada satu mamat dari tempat duduk yang jauh giler dari korang berdiri terjerit-jerit panggil korang and lambai-lambai suruh korang duduk..perghhhh lelaki lagi perihatin.  Selama ni aku tengok dalam iklan lelaki yang ramai berlumba-lumba jadi OKU, rupanya aku silap, pompuan yang berlumba-lumba jadi OKU. Korang cantik, bertudung, tutup aurat, tapi x ada sensitivity, bila tengok orang lelaki tu beriya-iya nak bagi tempat duduk kat pompuan boyot tu, barulah korang buat-buat terperasan n nak bagi tempat duduk, padahal dari tadi pompuan boyot tu suakan perot dia kat depan kau supaya kau faham dia lenguh berdiri lelama….korang lak leh wat-wat pejam mata kannsss….
Sok-sok nanti, kau boyot orang pown wat camtu, so ko pown akan rasa. Series beb, aku kengkadang hilang hormat ngan kaum aku sendiri yang aku tengok cantik dari segi penampilannya, tapi x ada sensetiviti, malah sanggup nak jadi OKU semata-mata nak duduk…Cuma aku berfikir positip mungkin dia senggugut or pitam…hihihi
Mak boyot tu adalah aku, ye dah beberapa bulan aku naek train dalam keadaan memboyot. Dan manusia yang memberi aku tempat duduk semuanya lelaki, x kisahlah bangsa apa pown semua lelaki. Yang pompuan ada gak, tapi pompuan yang “HOT” hehehe, yang laen semua jenis pakat-pakat tutup mata…
Semalam pown best, aku berdiri betul-betul dekat kerusi yang dikhaskan untuk orang OKU, orang tua-tua & pompuan boyot. Kat kerusi tu ada 2 orang tua, so okeylah kan antara orang tua ngan aku, aku lagi larat dari diorang, yang sebelah tu plak ada sorang minah pakai baju pink, yang aku selidik cukup kaki dan tangan dan x OKU, tapi dia pandang aku, then tengok perot boyot aku yang comel ni, pastu wat-wat pejam mata….pastu aku pown rileks je lah, sampailah ada sorang mamat india yang pakai spek mata hitam cuit aku suh duduk..perghh tempat dia kat seberang kot, jauh dr tempat aku berdiri, tapi dia still leh nampak keadaan aku yang boyot ni…terharu aku…

Tapi aku bersyukur sebab Allah beri aku kemudahan dengan gerakkan hati lelaki-lelaki tu supaya bagi tempat duduk kat aku. Cuma aku terfikir, mungkin lumrah alam, lelaki lebih simpati pada pompuan, pompuan lak mungkin akan simpati dengan beri tempat duduk diorang if lelaki yang mengandung…tapi lelaki sampai kiamat pown x akan mengandung…hahahhahahaha…siap kau, aku ingat muka pompuan tu, kalau kau ngurat adik aku, jangan harap aku nak restu kau jadik adik ipar aku…hahahahahaha jahanam giler statement aku kannnsssssss