Salam, Selamat malam.
Since mata tak mengantuk ni,tiba-tiba teringat kisah masa kecil-kecil tengok opera cina di melaka. Lokasinya di tengkera melaka.
Opera biasanya dimainkan oleh golongan masyarakat cina. Turut di kenali sebagai teater cina tradisional, opera beijing anda opera peking. Kalau di ikutkan, sama sahaja dengan persembahan teater di istana budaya tu. Menggabungkan muzik tradisonal, nyanyian, tarian dan paling menarik aksi akrobatik dan juga seni mempertahankan diri. Opera ni wujud lama sangat sejak dari kurun ke 16. Kiranya mastu peniaga cina yang dah bermastautin kat tanah melayu ni mungkin boring, so diorang ilhamkan opera ni sebagai salah satu dari bentuk hiburan untuk isi masa lapang diorang tu.
Dalam opera ni, yang menariknya, penceritaan adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku pada zaman silam. Kisah tentang pahlawan, puteri raja dan sebagainya. Setiap gaya solekan pula membawa maksud tertentu. Ada opera yang solekannya kelihatan agak garang, ada yang agak lembut. Bahasa juga agak berbeza. Ada yang menggunakan dialek yang kurang difahami, bagi orang yang x faham bahasa cina, cakap dialek ape pun confirm x akan faham betul x?...hehehehehe.
Pelakon akan mengenakan pakaian tradisional bangsawan masyarakat Cina seperti dahulu kala iaitu sekitar Zaman Dinasti Song Selatan. Disebabkan itulah pakaian para pelakon Opera Cina kelihatan sangat menarik, unik dan begitu berseni. Seolah-olah pakaian zaman dahulu kerana bagi menghidupkan suasana dan persembahan. Di samping itu pelakon juga akan mengenakan aksesori seperti hiasan kepala bagi mencantikkan lagi penampilan. Hiasan kepala di antara lelaki dan perempuan adalah berbeza dan bergantung kepada sesuatu watak.
Jarang opera didialogkan dalam dialek mandarin, selalunya mereka menggunakan dialek kantonis dan hokkien. Hokkien agak susah untuk difahami, so kalau x faham, buat-buat lah gelak ye.
“Opera ini berasal dari wilayah Xiamen di China, Xiamen dikenal pasti sebagai salah satu tempat popular bagi Opera Gezi iaitu sejenis persembahan opera teater
Sekarang ni susah sangat nak tengok opera sebab kebanyakan show semua di tokong-tokong...huhu...
Di negeri melaka masih lagi terdapat open space di tengkera untuk menyaksikan opera ni. Tak jauh dar traffic light tengkera.
Selain melaka, klang dan pulau pinang masih lagi aktif mainkan opera ni, cuma kena rajin survey lah. betul x?
No comments:
Post a Comment