Pages

Wednesday, February 22, 2012

Kisah Saya Dan Pokok Durian 2

Salam.

Semalam terbaca komen member pasal cerita Kisah Saya dan Pokok Durian part 1.
Memang betul tumbuhan, haiwan dan semua benda hidup laen semua boleh bercakap, tetapi mengikut cara masing-masing. Kita semua berkongsi tempat di muka bumi Allah ni, so kena give and take la ye.

Kalau cerita pasal pokok durian ni, memang saya tiba-tiba rindu sangat dengan mahkluk Allah yang satu ni. Itulah teman saya tidak kira waktu. Kalaulah pokok durian tu jenis boleh cabut letak dalam handbag and tanam dalam pasu, dah lama dah saya buat.

Sebelum saya bertunang dulu, ada singgah tengok pokok durian tu, keadaan dia ok, cuma mungkin kulit x berapa elok sangat, dah tua agaknya kan. Cuma x nampak uzur. Bila saya pandang ke arah pokok durian tu, secara automatik air mata mengalir. Rasa sedih dan sayu sebab saya dah x dapat duduk dekat pangkal dan bercerita sekerap dulu lagi. Haritu, turun je dari kereta, terus pergi ke pokok durian dan lepak kat pangkal pokok. Macam biasa, bila angin bertiup je, terus dahan dan daun bergoyang-goyang ikut tiupan angin. Saya pula menterjemahkan goyangan itu adalah tanda pokok itu gembira dengan kehadiran saya dan juga sayu bila saya lama sangat tinggalkan dia. serentak itu juga tangan saya menepuk-nepuk pangkal pokok itu, kira macam tepuk-tepuk manja.

Duduk bersandar sekejap, then luruskan kaki ke hadapan sambil pejamkan mata. Saya cuba mengingati kembali nostalgia bersama pokok durian kesayangan saya ni. Aman dan damai sangat. Kemudian saya berbisik kepada pokok durian itu, bahawa tidak lama lagi saya akan bertunang, dan dengan izin Allah saya akan berkahwin, dengan izin Allah juga saya akan mengandung dan seterusnya melahirkan zuriat. Seakan-akan memahami apa yang saya katakan, daun-daun gugur berterbangan, masa ni saya rasa syahdu sangat-sangat. Gembira apabila mahluk yang satu ini berkongsi rasa gembira bersama saya.

Saya dongak lagi ke atas dan saya senyum, walaupun pohon durian ni x boleh balas balik senyuman saya, tapi saya yakin dengan izin Allah dia melihat perbuatan saya waktu itu.

Kemudian saya bercerita lagi, lepas ni mungkin saya duduk jauh dan x boleh balik macam sekarang ni sebab saya akan ada keluarga sendiri, tapi saya janji saya tak akan lupakan pokok durian ni sebab dia adalah mahluk pertama yang saya kongsi susah dan senang. Walaupun dia bukan manusia, tapi dia adalah teman yang setia.
Saya katakan pada dia bahawa saya masih memerlukan dia lagi dalam hidup, dan perlukan doa dia untuk saya juga. Saya juga berjanji yang saya akan menceritakan kisah dia kepada ahli keluarga saya satu hari nanti.

X puas rasanya duduk di pangkal pokok durian, rasa sekejap sangat, kalau ada masa, saya akan datang untuk tengok pokok durian ini. Sebelum pulang saya sempat tinjau keadaan sekitar pokok, takut ada anai-anai yang akan rosakkan akar dia, saya belum boleh kehilangan pokok ni...

2 comments:

hajimete said...

ammboii bila nak ada ahli keluarga nii.. ihiks

nawarzara said...

Coming soon..:) InsyaAllah