Ni resepi my sis gak..muahahaha..saje cedok dri belog dia...kuang-kuang.. Time puasa ni, memang banyak la benda yang dia nak buat...so yang jadi bahan ujikaji ialah orang-orang yang ada kat rumah tu la... :)
Tapi setakat ni dia nye resepi sedap la..korang boleh buat sendiri..senang n jimat.
So x yah cakap banyak...korang buat lah yerk..pastu ikot suka korang air gula dia korang nak letak perasa ape, pandan ke, vanilla ke...yang penting korang happy ngan hasil yang korang buat tu....:)
Bahan-bahan
1 kg kacang soya
6 liter air
50gm tepung jagung
10gm GDL (tu gambar nye..dah macam bunyi lesen GDL kan????)
Cara-caranya
Rendam kacang soya selama 4 jam dalam air. Ini untuk memudahkan kulit kacang soya dikupas. Selepas itu kacang soya ini dikisar bersama2 6 liter air. Campuran ini dikisar dan ditapis untuk mendapatkan air soya. Air ini kemudiannya dimasak sehingga mendidih. Sementara itu GDL dan tepung jagung dicampurkan dan dicairkan dengan sedikit air. Setelah air soya mendidih , air soya dicampurkan bersama campuran GDL dan tepung jagung. Campuran ini hendaklah ditutup dan dibiarkan sejuk selama 1 jam. Kemudian siap , boleh la dicedok :D
No comments:
Post a Comment