Hurm, ramai yang x tahu ubat kurus ada kesan sampingan kepada kepada manusia. Ia boleh menyebabkan kemandulan. Banyak ubatan yang mengandungi bahan-bahan berbahaya yang kita sendiri x tahu berapa sukatan sebenar yang terdapat dalam ubat.
Salah satu cara untuk mengesan kesan negatif ialah, apabila kita mengambil ubat kurus, secara tiba-tiba waktu yang kita jangkakan waktu subur kita, tiada langsung pengeluaran cecair yang menandakan kita subur (biasanya time subur vagina kita akan mengeluarkan cecair sebagai petanda ovum telah terhasil).
Berhati-hati, jika keadaan ini berlaku, hormon anda berada di dalam keadaan tidak stabil..
QUOTE Kat bawah ni i ambek dari laman web Dr Rozmey..
JITRA,29 Jan (HPM)–Ramai wanita kini sanggup berbuat apa saja demi kelihatan cantik.
Ada yang mengambil jalan mudah dengan melakukan pembedahan buang lemak, pengambilan pil kurus dan sebagainya.
Namun, dalam kerakusan menguruskan badan, ramai wanita tidak mengambil berat akan kandungan yang digunakan dalam pil kurus tersebut.
Banyak kes kematian yang melibatkan pengambilan pil kurus dan jamu yang mengandungi bahan kimia yang merbahaya.
Selain itu, pengambilan pil kurus yang tidak diketahui kandungannya boleh menyebabkan masalah dalaman seperti kemandulan, masalah rahim dan sebagainya.
Sebagai pengguna yang bijak, anda dinasihatkan agar membuat rujukan ke mana-mana pusat kesihatan jika mahu membeli produk menguruskan badan
No comments:
Post a Comment