Ha, ni plak Homemade Burger.
Senang je nak buat. Kalau korang nak simpan dalam peti sejuk beku pown boleh. tahan lama taw..
Ni bahan-bahan dia.
Untuk 4 orang makan
1 Paket fresh daging kisar. (bukan jenama ramly tu tau, ni yang fresh punya..)
1 Labu bawang besar di dadu
Sedikit serbuk lada hitam n lada sulah
2 sudu tepung gandum
1 keping cheese (di potong kecil-kecil)
1 Biji telur (ambil kuning sahaja)
Sedikit garam
Korang satukan semua bahan tadi dalam bekas, Kacau sampai semuanya sebati.
Kemudian bulat-bulatkan, tekan sampai jadi leper.
Panaskan butter dalam kuali, panggang daging burger sampai masak. Selagi butter tu berbunyi kuat, maknanya daging tu x masak lagi. Agak-agak butter dah slow sikit bunyi dia, bolehla angkat dan letak kan keju atas dia. Optional keju tu, sebab dalam daging dah ada, nanti muak plak kan. Kalau korang suka pedas, boleh letakkan serbuk cili dalam adunan daging tu yerk.
Then serve kan ngan wedges buatan sendiri.
Cara nak buat wedges pown senang.
1 Biji kentang di potong 6 bahagian
tepung gandum
tepung segera (bukan tepong pelita hokey)
Serbuk cheese
Korang rebus dulu kentang tu sampai setengah masak,
Pastu toskan, lumurkan dengan tepung gandum n tepung segera tu (tanpa air).
Goreng sampai kekuningan yerk.
Ambil cheese, campur dengan air panas untuk cairkannya, then tuangkan atas wedges tadi , tuangkan sekali mayonise yerk..
Selamat mencuba yerk...sorry wedges x sempat nak ambek gambar dia since dah habis baru teringat nak ambek gambar..next time k..
No comments:
Post a Comment