Pages

Monday, October 21, 2013

Gossip


Gosip Atas Katil @ 1:30 am – 3:50 am

Gossip 1

Beliau    : Abang x puas hati lah
Aku        : nape? ni kita nak gossip ke?
Beliau    : Aah, kejap je…
Aku        : Ape yang x puas hatinya
Beliau    : Abang x puas hati kalau majlis kahwin tu, ada pengantin habis beribu-ribu untuk wat pelamin.
Aku        : Nape bang?
Beliau    : Yelah, harga pelamin sampai 2-3 ribu, pastu duduknya tak sampai setengah jam. Kalau duduk 3 hari 3 malam berbaloi lah jugak, ni setakat nak ambik gambar, pastu dah.
Aku        : Salunya duit pelamin tu ambik dari duit hantaran or laki ngan pompuan tuh kena share sesame ek?
Beliau    : Terpulanglah, ada yang share, ada lak yang guna duit hantaran. Tapi kalau dah hantaran dalam 7-8 ribu, nak ambik package hebat-hebat ape je yang tinggal tuk wat kenduri tul x?
Aku        : Betul gak kan? Tapi boleh je nak ambik pelamin, tp setakat yang murah-murah okeylah kot???
Beliau    : Kalau camtu okeylah, tak yah nak grand sangatlah, nak-nak if wat kat kampung, x ada nya pemberita nak datang wat liputan, dah tu jemputan bukan VVIP pown, orang kampung je kot….
Aku        : Abang cakap sebab abang jeles ke or apa?
Beliau    : Bukan jeles, sakit hati…membazir je wat benda camtuh…semua nak grand tapi nanti last-last berhutang sana sini, nanti sampai anak dah besar-besar pown hutang x habis bayar lagi. Cuba lah buat sesuatu tu ukur baju kat badan sendiri.
Aku        : Betul gak kan?
Beliau    : Tulah, kengkadang abang geram gak kat pihak pompuan, dah ada orang nak pastu nak demand plak, kang lelaki tarik diri, baru terkebil-kebil.

………………………………….redha jelah bila laki membebel……………………………….

Gossip 2

Aku        : Mie pown ada benda x puas hati gak.
Beliau    : Nape?
Aku        : Abang perasan x, tiap kali kalau kenduri mesti aka nada satu kejadian yang memang 100% terjadi.
Beliau    : Apanya?
Aku        : Salu je sebelum tiba waktu nak bagi tetamu makan, sibuk je mak cik-makcik yang tukang jaga lauk tu tapau untuk diri masing-masing. Berbondong-bondong plastic diorang. Lpeastu barulah diorang hidangkan untuk tetamu.
Beliau    : Aaah, abang pown perasan, pastu claim makanan yang tuan rumah masak x cukup, padahal diorang dah sebat dulu.
Aku        : Bukan ke, orang yang tolong masak tu kena ikhlas tolong tuan rumah, bukan sebat lauk tuan rumah?
Beliau    : Betullah tu, patutnya kita raikan jemputan yang datang tahlil, bagi semua tetamu makan, kalau ada lebih barulah boleh tapau sebagai tanda terima kasih kat mak-makcik kendarat tu. Tapi ni konsep dia lain, raikan makcik-makcik kendarat, if ada lebih baru jamu tetamu yang datang….muahahahahahahaha
Aku        : Tulah, kengkadang geram je rasa, kita sibuk nak senduk lauk untuk orang, dia sibuk nak tapau untuk anak beranak dia yang x makan lagi kat rumah tu. Adoiyai….last-last tuan rumah kena goreng bihun sebab nak cover mana yang x cukup.
Beliau    : Kesimpulannya????
Aku        : Kesimpulannya, kalau nak wat kenduri, panggil je anak beranak, xyah panggil makcik-makcik kendarat.
Beliau    : Hi,hihi…setuju2.
………………………………………… Tepuk-tepuk bantal nak titon……………………………….

Gossip 3

Beliau    : Nak tido dah ke?
Aku        : Nape?
Beliau    : Ada gossip lagi, tapi express…
Aku        : Citerlah….
Beliau    : Perasan tak, kalau majlis cukur jambul, mesti ada jemput makcik-makcik marhaban?
Aku        : Aah kan? perasan-perasan…tapi nape?
Beliau    : Ape kes plak pompuan yang buat marhaban, kengkadang bukan jadi marhaban, dah jadi meraban x tentu hala. Dah diorang lak yang buat cukur jambul, patutnya imam, bilal, orang laki-laki yang conduct majlis camtu. Yang abang nyampah tu, kan main lagi kuat lagi sora dia, kalah sora tok bilal azan kat masjid, dah macam dia plak imam ngan bilal. Pastu lepas je marhaban, ada lak lagu nasyid. Abang x kata salah, tapi bagi abang, biasanya majlis camtu orang lelaki je yang buat. Orang perempuan kalau nak buat, sesame pompuan x pelah, ni tidak, Jemaah lelaki ada kat luar dok isap rokok sambil lepak-lepak, diorang lak yang take turn…huh x relavant.
Aku        : Tul gak tuh, kengkadang memang nampak macam meraban je mak cik-makcik tu, nak-nak bila time nak cukur jambul tu, siap gelak kuat-kuat pastu bertepuk tampar, berdekah-dekah gelak…baek suh orang masjid n orang lelaki yang buat. Ringkas dan meraban….
Beliau    : Okey, dah tu je gossip malam ni, jom titon tayang…besok nak keje….
Aku        : Okey jom…sedia mula…k
Beliau    : Ala, kejap la…x leh tido

Aku        : Sorry masa tamat, esok I nak gi keje…hihihi kroh-kroh……….zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

2 comments:

wakgelas said...

harap2 perkahwinan tu kekal hingga akhir hayat ghituuu..,eHHHee

nawarzara said...

hihihihi:)