Pages

Monday, October 21, 2013

Mat Gebu - Blogger Masakan Terkenal

Assalam.

Semalam dapat satu email, ada insan yang bertanya siapa sumber inspirasi saya, atau dengan lebih jelas, siapa bench mark dunia blog yang selalu saya jadikan rujukan?

Blog saya ni x sehebat blog lain, saya x pernah mencari populariti malah kalau dihitung dengan jari, boleh dikira follower saya, cuma lately ni readers saya makin bertambah. Jika ditanya siapa bench mark dunia blog saya? Sudah tentu saya jawap ada 2 blog yang saya akan kunjungi setiap hari tanpa rasa jemu, iaitu Mat Gebu dan Azlita Masammanis 

Kedua-dua blogger ni memang sumber inspirasi saya. Kenapa saya suka baca blog mat gebu? Sebab mat gebu adalah chef alam maya yang x pernah kenal erti penat, bayangkan setiap hari pasti akan ada satu atau dua resepi yang dia akan share dengan semua readers. Dan masakan yang di masak tu, memang selalunya sesuai dengan tekak kita-kita ni yang melayu tulen. Identiti mat gebu ni pulak memang misteri, yang saya tahu dia berasal dari johor dan menetap di johor. Rupa paras memang misteri, tapi dia dah buktikan walaupun dengan identiti misteri, blog dia tetap meletops.....

Kadang-kadang saya selalu terbayang yang mat gebu ni mungkin masa zaman sekolah adalah pelajar paling cemerlang dalam kelas sebab discipline dan fokus yang ada dalam diri dia. Kenapa saya cakap camtu ek? yelah, kalau x ada discipline yang bagus, mat gebu x akan boleh post everyday tiap jenis makanan yang dimasak beliau. Hanya dengan discipline yang tinggi je boleh wat cenggitu, tul x? Lagi satu saya memang respect sebab dia pencinta barang-barang antik, semua pinggan dan props yang digunakan semuanya mempunyai nilai-nilai artistik. Gambar yang dihasilkan seolah-olah berkata-kata dan berinteraksi dengan pembaca, hebatkan kurniaan bakat yang Allah berikan pada mat gebu....Subhanallah. 

Now, paling ketara, if sehari x layan blog mat gebu, memang rasa sedap badan jer, tangan sure gatal nak click website dia...hahahaha gila addict saya kan???

Blog kedua yang saya suka ialah Azlita masammanis. Ni pown antara makhluk Allah yang gifted. Semua hasil sentuhan dia, rasa macam menangis je bila tengok...geram semua ada sebab subhanallah cantik sangat-sangat.

Bila dia ambil gambar, memang menarik tertarik kau memang da bomb....huhuhu x tahu nak cakap macamaner, kiranya kalau korang jadikan resepi salah seorang dari diorang sebagai rujukan, tolonglah bagi kredit link. Penat diorang ni masak, tapi masih ada lagi yang suka mencuri hasil kerja tangan diorang...kang potong tangan tu tahulah..hihihi

Azlita ni pown orang johor, wah dua-dua orang johor. Tetiba teringat kat arwah mak, mak salu cakap, orang johor ni masak memang sedap...betullah tu.

Beliau ni surirumahtangga yang berjaya, speciality beliau adalah kek. Kek dan dessert memang menarik, x sia-sia if korang cuba kat rumah...jadikan mereka berdua ni sebagai panduan untuk korang hasilkan sesuatu yang hebat. Allah dah jadikan mereka berdua ni sebagai insan yang berbakat, jadi x salah jika mahu merujuk, cuma saya ulang lagi sekali, jangan curi hasil kreatif mereka....:)

3 comments:

wakgelas said...

tapi wak sukak kek lapis sarawak jugakk.,ahHHks

nawarzara said...

hahaha, aku pandai buat wak.....adik ipar aku kawen ngan orang sarawak..nanti aku buatkan tuk wak...hahahahahahaha

Mat Gebu said...

terima kasih atas entri ini...che mat orang biasa2 saja...sekadar berkongsi serba sedikit apa yang che mat tau...