Pages

Monday, December 30, 2013

Alahai Mertua

Assalam.

Dah lama x tulis tentang isu2 semasa, so rini saya nk cerita sikit tentang bab 'MERTUA'.

Korang semua mesti tertanya tanya kenapa saya tulis isu ni...dan korang semua dah boleh agak kan?.. Yup betul tekaan korang tu. Saya terpanggil nak menulis selepas terbaca cerita Johan Ashaari dan Lana Nordin yang digosipkan putus cinta gara-gara tidak direstui oleh ibu johan. Tapi mcm biasalah, benda ni kan gosip... so saya x nak ulas lah. Apa yang saya nk tulis ni adalah sedikit peringatan untuk diri saya sendiri sebagai seorang ibu dan juga kepada semua ibu2 yang bergelar ibu.

Yes dear, dah namanya mertua, memang x akan sama dengan mak sendiri. Kalau tak, x akan ada cerita pasal ibu mertua ku, betul x? Saya sendiri pon risau bila anak lelaki saya nak berkahwin nanti, mampukah nak jadi ibu mertua yang baik?

Memang sebagai ibu korang nak orang yang akan berkahwin denan anak korang adalah dari keturunan elok2, baka yang elok2, tapi pernah x korang terfikir, elok sangat ke keturunan kita? hebat sangat ke? sedangkan keturunan orang alim pown masih ada yang terpesong, inikan pula kita yang biasa2 je.

Kadang2 korang menongkah langit, seolah hebat sangat sampai perempuan tertentu je layak untuk anak korang. Mana2peremouan yang korang nampak perangai macam jahanam tu, korang terus reject. Sedangkan dalam kepala otak korang x pernah terfikir, korang tu baik sangat ke mada zaman muda dulu?

Sedar x korang, disebabkan perangai korang, anak gadis yang ikhlas nak berubah kearah kebaikan, akan terus jd liar disebabkan adanya mertua yang macam korang nih.
Yang beranggapan gadis ni hanya merosakkan susur galur korang dan melabelkan mereka ni ahli neraka...padaha syurga neraka tu rahsia Allah...

Bagi aku senang je, if gadis2 kat luar tu, kalau korang dapat ibu mertua macamni, baik korang blah and carik orang lain, x payah buang masa n air mata nak mengadap orang cenggini...baik korang carik lelaki yang anak yatim piatu...so x payah nk sakit kepala....hehe...

Apepun, untuk ibu2 yang bakal bergelar mertua, jangan bersikap macamni, beri ruang, insyaAllah berbaloi...

No comments: