Pages

Tuesday, March 13, 2012

Al-Fatihah untuk Dirang

Al-Fatihah untuk Allahyarhamah adik Dirang@Nurul Nadhirah Abdullah.
Kasihan kanak-kanak ini, dibunuh dan dibakar hidup-hidup..No word have to say.....sedih dan marah silih berganti. Bila saya buka beberapa blog, ada yang giat mengkritik ibunya yang leka bermain facebook ketika anaknya hilang. Ya, Allah, sebagai hamba, kita tidak perlu menuding jari, ya memang dia telah melakukan kesalahan yang besar sehingga nyawa anak mereka jadi gadaian. Apa yang perlu kita lakukan, memohon Allah memudahkan jalan untuk keluarga mereka menerima berita ini dengan tabah. Doakan roh kanak-kanak ini aman dan tenang di sana. Kalau ibunya bersalah pun, perlukah kita lemparkan dengan cacian dan kejian? Sedangkan kita sendiri tidak tahu apakah perasaan ibunya ketika ini? Kita memang sedap nak mengutuk, tapi tahukah kita berapa banyak sesalan yang keluar dari mulut ibunya? berapa banyak keluhan dan kata-kata menyesal yang keluar? Tidur atau tidak ibunya di himpit perasaan bersalah?

Kita ni manusia, perlu saling mengingati, jika mereka bersalah, bukan kita yang menghukumnya.


ikuti laporan dari harian metro harini..

-----------------------------------------------------------------------


Dirang dibunuh
Oleh Salman Hamat, Mahaizura Abd Malik dan Mohd Fahmi Mohd Yusof
am@hmetro.com.my


PILU...Roselyn (tengah) ditenangkan ahli keluarga yang sedih selepas menerima berita penemuan mayat Dirang, semalam.
JOHOR BAHRU: Misteri kehilangan kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah, dari kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam pada 1 Mac lalu terjawab apabila polis mengesahkan dia mati dibunuh.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, mayat rentung yang ditemui berhampiran kediaman berkenaan pada 8 Mac lalu dikenal pasti sebagai mayat Nadirah atau lebih mesra dipanggil Dirang.


“Kami menemui satu mayat rentung di Nusa Damai di sini, pada 8 Mac lalu dan siasatan di lokasi kejadian berjaya menemui serpihan tulang.

“Kami juga berjaya mendapatkan sampel deoxyribonucleic asid (DNA) daripadanya. Ia dihantar ke makmal dan hasilnya mendapati ia sepadan dengan DNA ibu mangsa,” katanya, di sini, semalam.


Menurut Roslan, siasatan awal mendapati rangka berkenaan adalah milik manusia dewasa, tetapi selepas siasatan lanjut dijalankan, ia sebenarnya milik kanak-kanak malang itu.


“Berikutan pengesahan DNA itu, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.

“Semua empat individu termasuk bapa kandung mangsa yang ditahan sebelum ini akan dilanjutkan tempoh tahanan reman bagi membantu siasatan,” katanya.


Menurut Roslan, pihaknya juga belum dapat memastikan motif sebenar kejadian.

Roslan berkata, berdasarkan pemeriksaan di lokasi kejadian, mayat yang ditemui pada 8 Mac lalu itu rentung teruk hingga menyukarkan pihaknya membuat pengecaman.


Sebelum ini, penemuan serpihan rangka manusia di dalam kawasan ladang kelapa sawit Nusa Damai pada 8 Mac lalu menggemparkan penduduk sekitar kerana menyangka ia milik Dirang.


Rangka manusia yang awalnya disangka dewasa dibakar hingga rentung itu ditemui di dalam sebuah lubang oleh orang awam sebelum memaklumkannya kepada polis.


Siasatan awal polis mendapati serpihan rangka manusia berkenaan sudah dibakar lebih dari lima hari hingga menyukarkan proses untuk mengenal pasti identiti dan jantinanya.

2 comments:

hajimete said...

orang masai tuu.. uhuhu

puteri said...

Sedih dengar berita ni, dulu nurin jazleen, sekarang Dirang..