Kalau tengok kat you tube berlambak orang mengutuk mamat ni...cuba baca artikel ni dulu....
‘Beri Amir peluang’
Oleh Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Anggota masyarakat perlu berperanan sebagai penyelesai masalah, bukan menyalahkan mana-mana pihak bagi menyelesaikan sebarang masalah yang berlaku selain tidak hanya tahu menjatuhkan hukuman sebelum ia dibuktikan, kata Kaunselor Keluarga, Rahim Haron.
Menurutnya, tindakan segelintir pengguna Internet khususnya laman sosial dan Youtube yang menyelar tindakan Amir Mohd Omar, 27, yang didakwa meninggalkan ibunya bersendirian di sebuah hotel bajet di ibu negara bersifat berat sebelah dan tidak adil kepada lelaki berkenaan.
Katanya, dalam keadaan tertentu, tindakan Amir dilihat sebagai satu cara untuk dia memberikan yang terbaik kepada ibunya, Faridah Maulud, 66, dengan menempatkannya di hotel dan bukannya ditinggalkan berseorangan di tempat tinggal mereka di Wangsa Maju.
“Mungkin pada awalnya pendedahan Harian Metro pada Jumaat membangkitkan kemarahan rakyat negara ini, tetapi pada saya sebelum memberikan sebarang komen, wajar dikaji terlebih dulu semua aspek berkaitan sebelum memberikan sebarang tafsiran kepada masalah itu.
“Kalau kita lihat pada keluaran Sabtu, ia menjawab persoalan orang ramai ke mana dia pergi sedangkan sebelumnya, ramai yang menempelak tindakan lelaki itu yang meninggalkan ibu tua yang uzur di hotel tanpa menjenguknya, ini yang dikatakan berat sebelah,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Amir yang memberikan penjelasan berhubung perkara itu lanjutan usaha Harian Metro menemukan dia dan ibunya dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Pusat Sehenti Sungai Buloh, kelmarin.
Menurutnya, dalam hal ini, sewajarnya semua pihak perlu kembali kepada sistem kekeluargaan dan ikatan sosial seperti diamalkan generasi terdahulu supaya masyarakat dapat menjalani kehidupan bahagia seperti dituntut agama.
“Namun dalam konteks hari ini, semuanya lebih tertumpu kepada bagaimana hendak menjadikan anak mereka cemerlang dalam pelajaran tanpa memberi penerapan nilai kekeluargaan sedangkan ada perkara lain juga yang perlu diberi perhatian masyarakat,” katanya.
2 comments:
Nawar, hardly to say, this morning i went to market, and i heard every people there talking something bad about him. Ya, for me, jangan menuding jari, sepatutnya sama-sama beri ruang untuk dia berubah kalau betul dia buat macam tu ...
asya,
betul, perlu beri ruang pada dia untuk perbetulkan keadaan. Kita memang seronok mengata itu dan ini, kalau perkara itu jadi pada kita macamana?
Post a Comment